Tuesday, December 8, 2015

Ali Imran dah sunat!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Anak kolin dah melangkah ke fasa baru yeay! Sekarang dah boleh panggil orang bujang lah kan Sempena cuti sekolah tahun 2015 ini, kolin dan hubby bercadang nak sunatkan anak bujang kami Ali Imran. Pada 2 Disember 2015, selamat sudah imran bersunat di Klinik Shafi Taman Beringin Jinjang Utara. 


Masa ini dia dah siap sunat pun. Sebelum nak masuk bilik tu memang menangis dan sampai kena dukung tau. Mungkin sebab Ali Imran berdebar sangat. Tapi sepanjang proses dan selepas bersunat langsung tak nangis dan mengadu apa pun. Dia chill gila!!!


Dah boleh senyum dan bergurau lagi tau! Memang syukur sangat Ali Imran tak buat perangai masa nak bersunat. Dah siap semua, doktor suruh buang air kecil. Dan tiada masalah, kami semua dibenarkan balik. Bermulalah proses dia berpantang dan memang perlukan banyak kesabaran sebagai mak. Maklumlah melayan anak bujang berpantang kan. Dia jadi KING for one week LOL


Masa ini ubat bius ada lagi, so dia tak lah rasa sakit sangat. 


Tengok dia berjalan ke arah kereta pun steady aje. Tapi dia memang dah mengadu dah mula mengantuk. Mungkin sebab ubat penahan sakit yang diberikan doktor kut. So bermula lah kolin masak ikan bakar untuk orang berpantang kan. Mulanya agak susah jugak nak explain kat dia no more ayam. But then dia faham bila kolin sebut nak lekas baik dan paling lambat pun seminggu nanti abang dah boleh berjalan macam biasa balik. He is good boy!! Dengar cakap dan senang nak diuruskan. Dan bermula lah kolin cuti hampir 6 hari kat rumah. Memang tak update blog dan puasa event terus. Tumpu pada imran sehingga dia sembuh. 


Dah masuk dalam sarang dah!!!! Now pada hari kolin menulis 8 Disember ini dia dah pun baik sikit. Senang hati nak masuk kerja balik. Lagipun letih jugak jadi suri rumah sepenuh masa tau. Sebab dah biasa keluar kerja bila duk rumah 6 hari terus menerus tu agak janggal lah jugak. Syukur Alhamdulillah sebab semua berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih kepada jiran kolin yang sudi masakkan tempahan pulut kuning dan kari ayam. Terima kasih kepada semua yang kat surau sebab menjayakan kenduri doa selamat ali imran pada 1 Disember lepas isyak tu. 

Untuk majlis makan-makan pula, kolin kena tunggu ali imran sihat sepenuhnya dan mungkin boleh celebrate birthday dia pada 26 Disember nanti kan. Sekarang ini anak kolin dah bujang!!!!
Love you abang!!!


Kolin Zainal

2 comments:

  1. good boy ali...nanti kita celebrate bday kat melaka ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kan..nanti celebrate sesama

      Delete

loving me..loving you