Sunday, November 1, 2015

Tropical Fruit Farm, Penang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Mesti korang semua tak tau kan, kalau area Batu Feringgi terus ke belakang tu ada banyak sangat tourist attaraction. Terus terang kolin nampak semua pelancong luar sahaja yang datang kat sini. Pelancong tempatan hanya lah kami hari itu. Ini lah Tropical Fruit Farm!
 


Kat sini memang banyak sangat buah-buahan yang pernah korang makan atau tak pernah makan. Buah dari Brazil dan negara lain pun ada tau. Bayaran pula seperti di bawah. Setiap pengunjung yang hadir akan dibawa menaiki van ke atas bukit dan berjalan. Lebih kurang satu jam lah melawat dusun tu. 



Tempat yang memang mendamaikan. Andai kata orang penat sangat macam kolin hari tu. Korang boleh beli buah-buahan potong dan melepak sahaja kat sini. Nak beli bawa balik sebagai ole-ole pun boleh jugak. Banyak pilihan buah-buahan dan semua dijamin segar dari dusun.






Sesiapa yang memang peminat buah memang akan terliur lah tengok semua ini. Kolin memang hantu makan buah! Kali ini kami tak ikut tour ini sebab penat baru bermandi manda. Next time datang Penang, kami akan datang masa musim durian. 

Korang tau tak durian balik pulau sedap sangat! So plan bulan Mac sehingga Jun datang makan durian!


Durian balik pulau!! we meet you next year ye!

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you