Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Sambutan Hari Lahir En. Suami di Fraser Hill

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat ulangtahun kelahiran wahai suami ku!!

Sempena hari kelahiran En. Suami kali ini kami semua ke Fraser Hill, Pahang. Perjalanan dari Jinjang ke Fraser Hill lebih kurang 2 jam 15 minit sahaja. Tapi memang jalan bengkang-bengkong. Bertolak dah petang sampai kat Fraser pun malam lah. Tapi jangan risau ada sahaja penginapan. Kolin tak booking sesiap pun.


Inilah birthday boy yang kami rai kan!!! Semoga En. Suami sihat, murah rezeki dan bahagia selalu. 


Inilah keluarga kecil kami, Kolin, Ali Imran, Alisa Maisara dan Ali. 
Untuk percutian singkat kali ini kami menginap di SilverPark Resort Apartment, Fraser Hill Pahang


Ini bilik utama siap ada bilik air sekali lah



Yang ini pula ruang tamu apartment ini


Ada tv, sofa dan meja yang selesa. Ruang agak besar dan memang boleh lah kalau keluarga besar nak datang bercuti sekali kan. Memang luas dan selesa.

Bahagian dapur pun kemas, ada meja makan, peti ais, cerek dan sinki.


Untuk bilik kedua pun luas. Ada dua katil single dan juga almari pakaian.


Toilet bahagian luar pun ada. So tak payahlah nak berebut kalau menginap ramai-ramai kan. 


Ada empat helai tuala yang disediakan. Kalau ramai kena lah bawak tuala sendiri kan. Sabun dan syampoo ada dibekalkan, tapi macam biasa sesiapa yang nak selesa sila lah bawa dari rumah. Setakat ini kolin rasa penginapan ini memenuhi syarat yang diperlukan. 

Walaupun tak semewah mana, tapi cukup selesa untuk penginapan satu malam kan. 
Harga yang dikenakan juga agak bepatutan hanya RM270 nett semalam untuk hujung minggu. Tapi sayangnya tiada breakfast disediakan sekali. 

Untuk masuk ke kawasan apartment ini ada security, jadi tak payah nak risau pasal keselamatan kalau menginap di sini. Suasana di Fraser Hill sangatlah sejuk sampai kolin susah nak tidur malam. Berbanding Cameron Highland atau Genting Highland memang Fraser Hill menang. Sejuk sangat!


Ini birthday boy yang bangun awal-awal pagi sebab nak menikmati suasana sejuk di Fraser Hill.
Memang kabus tebal sangat sampai tak nampak apa. Sejuk sehingga ke tulang!




So, kalau korang tak pernah datang ke Fraser Hill dan bercadang untuk ke sini jangan lupa isi minyak kereta penuh-penuh. Sebab di Fraser Hill ini tiada stesen minyak tau. Jalan nak ke bawah pun dalam masa satu jam. Bersiap sedia sajalah. 7 eleven pun tiada, standby lah apa makanan yang patut ok. 

Apa aktiviti di Fraser Hill nanti kolin cerita di lain entri ok. Buat masa ini kita fokus pada sambutan hari lahir En. Suami hahahah. Semoga percutian singkat hubungan kekeluargaan kami semakin erat.

Happy Birthday papa!!!


Sesiapa yang nak cuba menginap di Silver Park Apartment, sila call nombor telefon di bawah ye.


Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you