Tuesday, November 3, 2015

Sakitnya bersalin

assalammualaikum dan salam sejahtera

Hui...ngeri bila tengok poster ini kan. Tapi inilah dugaan dan pergorbanan seorang ibu melahirkan setiap anak-anak mereka. Bukan seorang sahaja, ada yang sampai berbelas orang anak. Bayangkan sekali beranak sakitnya setara dengan 20 tulang retak pada satu waktu!

Dulu memang tak pernah terfikir sakitnya macam mana. Sejak dah ada anak dua kan, kolin dah tahu kenapa lah kita sakit hati betul kalau ada orang kacau atau buat anak kita apa-apa. Sebabkan susah mengandung, nak bersalin nak bertarung nyawa sesuka hati buat anak kita macam-macam.

Buat semua anak-anak yang dah mengerti apa yang ibu anda lalui dengan gambar di poster ini. Ingat tau, jangan melawan cakap ibu. Kasihani lah ibu anda sendiri sebagaimana dia kasihani anda dengan melahirkan anda di dunia ini sampai bertarung nyawa. 

Kesakitan yang memang tak tertanggung, tapi berjaya di tanggung oleh seorang insan bernama IBU.
 Buat yang belum dan bakal bergelar IBU kolin doakan korang semua sihat-sihat selalu. 

Sakitnyaaa bersalin...



Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you