Monday, November 16, 2015

Review: Swissbel Vitamin B12 Cream Plus

assalammualaikum dan salam sejahtera

Minggu lepas kolin telah terima satu parcel yang sangat cantik dari Swissbel. Di letak di dalam kotak yang dihiasi paper cantik warna pink siap ada cookies lagi. Krim Swissbel Vitamin B12 Cream Plus ini adalah produk dari Switzerland yang boleh digunakan oleh semua jenis kulit, tiada pewangi tiruan, Paraben-Free, non-comedogenic dan hypoallgenic tested.

 Selamat untuk digunakan untuk merawat wajah yang bermasalah macam wajah kolin yang selalu ada jerawat singgah. Disebabkan jerawat tu memang meninggalkan parut pada kulit. Lagi satu kolin dah pun di pertengahan umur 30-an ini memang perlukan penjagaan lebih rapi lah kan. Maklumlah usia mengejar kita!

 
Untuk pengetahuan korang, krim ini telah menjalani ujian klinikal dan menunjukkan ianya mampu:

* melembapkan kulit wajah 
* mengurangkan kesan parut lama dan baru
* mengurangkan kedutan dan garisan di kulit
* mengecilkan liang roma
* mengurangkan kadar kemerahan kulit
* menaikkan dan menegangkan kulit wajah dan juga leher


Untuk bahan-bahan aktif yang di inovasi kan di dalam Swissbel Vitamin B12 Cream Plus ini pula ialah 

* Vitamin B12 (yanocobalamin)
* Rosa Centifolia Flower Water
* Squalane
* Salicylic Acid (BHA)
* Hyaluronic Acid
* Vitamin E, Vitamin C, Vitamin B3, Pro Vitamin B5


Ok kolin dan cuba krim ini lebih kurang 10 hari. Ini kulit wajah kolin pada permulaan kolin cuba sapu krim. Kesan yang sangat positif apabila kesan lama jerawat kian pudar dan
 kemerahan kulit wajah akibat jerawat pun surut.

Kalau nak tahu, kolin hanya mencuci mengunakan pencuci muka biasa. Dan sapukan krim ini siang dan malam. Simple sahaja langkah pengunaan Swissbel Vitamin B12 Cream Plus ini. 

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai krim ajaib ini boleh lah layari laman web rasmi mereka 

Swissbel Official Website: www.swissbel.com 
Swissbel Malaysia Facebook Fan Page: https://www.facebook.com/SwissbelMalaysia

Nampak kan, parut yang dah kian pudar tu. Jangan malu-malu nak cuba sebab krim ini memang bagus untuk meredakan parut dan jerawat macam yang kolin alami. Semua kesan jerawat lebih pudar dari sebelumnya.

Untuk lebih detail tengok sahaja video kat bawah ini. 
https://www.facebook.com/joanne.tan.1675275/videos/vb.100007335302182/1651146295139865/?type=2&theater

Cuba sendiri Swissbel Vitamin B12 Cream Plus dan rasai perubahan kulit anda. 
 
Love,
 
Kolin Zainal

2 comments:

  1. How much 4 the vitamin b12 plus?any promotion now?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The promotion has ended Sharon. It will be RM139.00

      For more info please check their website ya...

      thx

      Delete

loving me..loving you