Wednesday, November 11, 2015

Review: Promosi Early Bird Tahun Baru Cina China Treasures

assalammualaikum dan salam sejahtera

Terasa bahang nak sambut Tahun Baru Cina kan. Dengan itu, Restoran China Treasures di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) telah merancang untuk menyambut ketibaan Tahun Monyet Api dengan set menu perayaan dari 1 November sehingga 31 Disember 2015.

Semasa pelancaran food review oleh SDCC baru-baru ini kami di sambut dengan meriah. Siap dengan photo booth dengan pelbagai aksesori. Memang tak lepaskan peluang lah, tengok lah semua gembira posing.
Termasuk lah GM bagi Restoran China Treasures, comel kan


Dalam bulan November ini baucer "early bird" boleh dibeli dengan harga RM588 nett untuk meja enam orang dan RM798 nett untuk meja sepuluh orang. Manakala bulan Disember nanti baucar ini boleh didapati pada harga RM688 nett untuk meja enam orang dan RM898 nett untuk meja sepuluh orang. Harga asal untuk sebuah meja adalah RM1118.00 nett.
 Baucar ini sah dari 1 Januari sehingga 29 Februari 2016. 



Set menu untuk makan malam istimewa ini boleh didapati pada malam sebelum dan hari pertama Tahun Baru Cina iaitu 7 & 8 Februari 2016 pada harga RM2080.00 nett untuk meja sepuluh orang, berbanding harga asal RM3088.00 nett untuk satu meja. Set menu ini juga termasuk satu baucar percuma bernilai RM100.00 untuk digunakan pada kunjungan akan datang. Teh kekwa "free flow", snek dan hadiah istimewa juga turut disediakan. Setiap set menu ini merupakan hidangan yang dipercayai mendatangkan kebahagian, panjang umur, kemakmuran, tuah, kejayaan dan cinta iaitu ciri-ciri yang biasanya dikaitkan dengan tanda Monyet mengikut kepercayaan orang cina. 


Jom kita lihat apa yang disediakan untuk hidangan istimewa Tahun Baru Cina nanti.

Monkey King Triumph of the Golden Phoenix

 Embracing The Beauty of the Golden Phoenix

 Precious Treasures of Neptune in Your Home

 Monkeying Around with Bananas


 Abundance & Prosperity Throughout the Year

 Enjoying Wholeness & Surplus of Wealth

 May Sweetness Flow in Your Daily Life

 Usher the Fire Monkey Jump over the Great Wall

Ini antara menu menarik buat semua pengunjung. Nampak sedap kan! Rasa pun sedap tau.
Buat yang beragama Islam jangan risau kalau nak cuba dan grab deal "early bird' ini. Sebab Restoran China Treasures telah pun mendapat kelulusan halal dari JAKIM. Untuk lebih maklumat anda boleh hubungi 03-20893788 atau email sahaja di sdcc@simedarby.com.

Untuk peminat Yee Sang juga ada disediakan. Ianya boleh dinikmati di restoran ataupun dibawa pulang dengan harga serendah RM98nett. Penghantaran pun ada juga bermula dari harga RM108 nett sahaja. 

Golden Sea Whelk "Yee Sang"

 Double Boiled Chicken Soup with Dried Scallop & Mushroom

 Steamed River High Fin Patin Fish with Ginger & Chili Sauce

 Pan-Fried Tiger Prawns with Special Honey Marmite Sauce

 Braised Stuffed Beancurd Roll & Black Mushroom with Seasonal Vegetables

 Claypot Rice with Diced Chicken & Yam

Mesti korang dah terliur tengok gambar-gambar makanan ini kan. Kolin masa update ni pun sama gak wei. Teringat kesedapan dan kelazatan semua yang dihidangkan. Untuk yang mahukan ruang peribadi atau Grand Ballroom yang baru diubahsuai juga disediakan. Diskaun sebanyak RM5000.00 nett sehingga RM15,000.00 nett menanti tempahan secara berkumpulan minima seramai 100 orang. 
China Tresures dibuka setiap hari untuk makan tengah hari dari jam 11.30 pagi - 2.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat. Manakala 10.00 pagi sehingga 4.30 petang untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Restoran yang boleh memuatkan seramai 200 orang ini mempunyai enam ruang makan peribadi yang boleh muat seramai 8 sehingga 70 orang. Sesuai buat kita yang melayu ini nak ubah selera ke masakan ala cina kan. Sesekali tukar angin, apa nak takut restoran ini dah ada sijil dari JAKIM.


Inilah Chef yang bertanggungjawab pada malam Food Review malam Khamis lepas iaitu Chek Lim Wai Keong yang telah berpegalaman selama 20 tahun dalam bidang Chinese & local seafood cuisine. 

Jangan lupa call Restoran China Treasures untuk tawaran menarik mereka di talian 03-2089 3688 atau terus sahaja buat tempahan di chinatreasures.sdcc@simdarby.com.
bagi memeriahkan lagi sambutan tahun baru cina kita pada 2016. Boleh la buat family gathering kat sini sambil berjimat bukan. Dapatkan early bird anda sementara ada ok.



Love

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you