Wednesday, November 25, 2015

Rangkaian Penjagaan Bayi dari Cetaphil untuk si manja

assalammualaikum dan salam sejahtera

Cetaphil adalah salah satu brand dermatological di Malaysia dan kini melangkah dengan lebih jauh dengan pelancaran barangan penjagaan bayi pula. Pakar kulit di Cetaphil telah menghasilkan formula yang baru di mana bebas dari Parabens, Mineral Oil dan juga pewarna untuk memberikan si manja anda penjagaan kulit yang optimum untuk setiap hari. 


Pelancaran berlangsung di WonderMama, Bangsar Village ini dimeriahkan dengan penerangan dan soal jawab mengenai kebaikan produk baby Cetaphil. Menurut, Ms. Janice Ong, Cetaphil Malaysia Product Malaysia menyatakan Cetaphil Baby adalah satu produk yang dirumuskan untuk penjagaan kulit si manja dari anak pertama sehingga anak seterusnya. Ianya penting kerana bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif dan halus. Pengunaan produk yang betul mampu memberikan kesihatan kulit yang terbaik bagi si manja. 


Jangan tak tahu, produk ini bukan sahaja untuk bayi malahan seisi keluarga boleh mengunakannya. Ianya sangat berkesan untuk mencegah penyakit kulit dan mampu mengurangkan enzema yang selalu ada pada kanak-kanak. Sekarang Cetaphil Baby mempunyai losyen juga yang mempunyai bahan pelembap iaitu Aloe Vera, Almond Oil dan juga Shea Butter  untuk memberikan kesan lembapan terbaik pada kulit. 

Pewangi yang ringan  iaitu Camomile juga mampu memberikan si manja masa mandi yang lebih baik di samping menjaga kesihatan kulit. Kita pun boleh enjoy sekali, sudah tentu apa yang 
bagus untuk bayi bagus untuk kita kan. 

Kolin paling suka dengan baby wipes ini. Senang nak digunakan di mana-mana sahaja. Malahan kita boleh gunakan untuk membersihkan sisa mekap di muka juga. Tisu nya sangat lembut dan melembapkan kulit. Senang la lepas ini kan, dalam kereta pun boleh bersihkan muka.


Semasa majlis pelancaran ini juga, sempat kami berkongsi bersama pakar dermatologi mengenai apa yang terbaik untuk si manja. Sudah tentunya Ceptahil Baby adalah produk yang selamat dan boleh digunakan bagi kesihatan kulit anak-anak kita. Cetaphil Baby terdiri dari 5 produk iaitu Cetaphil Baby Ultra Moisturizing Bath & Wash, Cetaphil Baby Shampoo, Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo dan juga Ultra Moisturising Cetaphil Baby Daily Lotion. Tidak lupa juga untuk kesegaran sepanjang hari iaitu Cetaphil Baby Ultra Sensitive Wipes untuk penyelesaian di mana-mana sahaja. 


Cetaphil Baby adalah direka khas untuk si manja dan menawarkan kepada ibu bapa di Malaysia mengenai kelembutan dan kebaikan produk Cetaphil Baby. Rangkaian yang lengkap ini sudah boleh di dapati di semua pasaraya dan farmasi yang terdekat. Rasakan sendiri kehebatan produk ini kerana Cetaphil adalah salah satu brand yang dipercaya pakar dermatologist di seluruh dunia lebih 40 tahun. 

Layari sahaja www.cetaphil.com.my atau https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia untuk lebih maklumat mengenai kesejahteraan kulit si manja anda. Untuk semua ibu di Malaysia, jangan lupa dapatkan Cetaphil Baby dan rasakan sendiri keberkesanan Cetaphil ok. 

Layari Instagram www.instagram.com/cetaphilmy dan lihatlah sendiri kehebatan Cetaphil.



 Love, 

Kolin Zainal


2 comments:

  1. wahhhh! rasanya ni first time nampak cetaphil bawak keluar barangan khas utk bayi...tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..memang first time! ko pun boleh guna babe hahah

      Delete

loving me..loving you