Wednesday, November 4, 2015

Pameran Hollywood & Football: The Mini Exhibition 2015 di MATIC, Jalan Ampang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Semua tahu kan hujung mingu ini dari 6 sehingga 8 November belangsungnya MaTiC Street Art Festival 2015 di MATIC Kuala Lumpur anjuran Malaysia Tourism Centre. Dengan kerjasama MATIC, The Mini Exhibition 2015 mengenai Hollywood & Football turut diadakan. Bermula dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam di Jalan Ampang Kuala Lumpur.


Melalui platform yang ekslusif Hollywood Malaysia Flash Museum (HMFM) dan United Soccer Fandom Malaysia (USFM) akan mempamerkan barang-barang dari Hollywood Movies dan High end Football yang sememangnya menjadi kegilaan peminat yang mengikuti bintang kesukaan mereka. 

Untuk peminat Hollywood, barangan dari filem Star Wars, Harry Potter, Transfomer, Ironman, The Hobbit dan Annabelle. Kolin memang nak tengok sangat barangan Harry Potter. Ini lah masanya untuk lihat sendiri semua barangan yang digunakan semasa menghasilkan filem ini. 

Untuk peminat English Premier League pula ada Mancester United FC, Chelsea FC, Arsenal FC dan Liverpool FC. Ada winner medal, trofi dan juga jersi yang pernah digunakan oleh bintang-bintang bolasepak yang terkenal di dalam English Premier League. 

 Ini mungkin Jersi yang pernah dipakai oleh Ronaldo dalam MHI baru-baru ini 
Dan yang ini mungkin pedang dalam filem Harry Porter. Alahai...bestnya


Untuk korang yang mempunyai masa lapang hujung minggu ini jom beramai-ramai ke pameran ini. Ada banyak barang pameran yang boleh kita tengok. Lagi satu, untuk semua pengunjung yang hadir ke pameran ini ada hadiah cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan ialah Jersi yang ekslusif di tandatangani oleh Cristiano Ronaldo, 2 iPhones untuk pemenang melalui aktiviti di Instagram, Hollywood Movie Gift Packs giveaway sepanjang pameran dan juga kehadiran Bumble Bee dari filem Transformers. Karakter Zombie pun ada nanti sepanjang pameran ini berlangsung.


Ada juga jualan yang bakal dia adakan oleh HMFM & USFM untuk para hadirin beli sebagai kenang-kenangan. Harga tiket yang berharga RM66 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak ini pasti berbaloi dengan semua pameran yang jarang-jarang kita dapat tengok. 

Untuk yang dah pre-book dapat lah 10% diskaun.  Untuk lebih maklumat mengenai PCC sila ke laman instagram mereka www.instagram.com/privatecollector.club atau Facebook mereka di www.facebook.com/privatecollectorclub mana tahu nak lebih informasi mengenai cabutan bertuah tu kan.
Nak senang call saja 018-377 8873 untuk sebarang pertanyaan.  

Jadiiiii....jumpa korang kat sana ok!..Harry Potter tunggu kolin tau!


Love,

Kolin Zainal








No comments:

Post a Comment

loving me..loving you