Wednesday, November 18, 2015

NU Skin Ageloc EXPO, PNB Darby Park KL

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin sangat bertuah kerana dapat bersama-sama di dalam NU Skin Expo baru-baru ini. Banyak kelainan yang kolin lalui semasa di Expo ini. Berlangsung dari 6 sehingga 7 November 2015 yang lalu di Lobby PNB Darby Park Kuala Lumpur memang meriah dengan kunjungan orang ramai. 




Lihatlah betapa ramainya orang yang datang ke Expo NU Skin untuk merasai sendiri keberkesanan produk yang mereka ada. Semasa di sini kita boleh cuba Health Zone iaitu kaunter Antioxidant Scan (DIY), Body Fat Analysis (DIY), Drink Sampling untuk ageLOC Trimshake dan juga Beauty Zone ada spa trial yang boleh kita cuba. Skin Analysis Test pun ada, boleh lah kita tahu kulit kita kering atau pun berminyak.

Bukan selalu dapat peluang macam ini kan. Scan semua tahap kesihatan kita di satu tempat. 
Pendek kata masa ini lah masa yang menakutkan dan perlu kita lalui..fuhhh


Yang mesin canggih ini, kita hanya perlu letak tapak tangan di bahagian tepi dan mesin akan mula menganalisa tahap antioxidant kita. Hurm...jangan tanya kolin lah. Memang teruk pun result terus keluar warna merah. Kurang bijirin, kurang cereal dan segala-gala kurang. Memang lifestyle kena berubah ke arah yang lebih sihat selepas ini lah. Maklumlah apabila usia dah pertengahan 30-an kan. 
Semua orang bakal jadi tua, tapi kolin nak tua dalam keadaan cantik dan elegan..cewah hahahahha


Ini pula sesi menganalisa kulit wajah. Skin type kolin adalah seperti berikut:

DRY, Sensitiviy at Good Conditions
Pore at Intensive Care Needed
Wrinkle at Good Conditions
Melanin/Discoloration at Care Needed.

Sekejap sahaja result dah dapat tahu apa masalah kulit yang kolin ada. Ini belum kolin cerita pasal Fat Analysis hahaha. Memang over sudah! Kena berhati-hati dan amalkan gaya hidup sihat selepas ini. 
Dah gemuk!!!  Mengaku sangat lah, sebab memang kolin kurang ambil berat apa yang kolin makan sekarang ini. Lagilah dapat jemputan food review dan jemputan event makanan semua sedap-sedap. 

Expo NU Skin yang diadakan 3 bulan sekali ini menjanjikan pengalaman terbaik untuk korang semua. Di samping itu, jualan produk turut diadakan sepanjang NU Skin Expo ini. Layari sahaja laman web mereka www.nuskin.com.my untuk lebih maklumat. Ataupun singgah ke NU Skin (Malaysia) Sdn Bhd di Level 1, PNB Darby Park Retail di Jalan Binjai Kuala Lumpur untuk rasai sendiri produk bermutu dari NU Skin. 


Terima kasih Shu Yi dan Mew Hui yang sudi jemput dan memberikan kolin pengalaman bersama NU Skin. Untuk korang yang ingin menjana pendapatan pun boleh dengan NU Skin tau. 
Kolin dah pun mendaftar menjadi salah seorang ahli mereka.


Sekali masa snap gambar ini boleh blank pulak skrin komputer kan. Tapi percayalah kolin dah mendaftar dengan NU Skin dan ianya adalah PERCUMA. Nak jadi ahli tak perlu pun nak bayar apa-apa. Siap boleh beli barang NU Skin dengan harga yang lebih baik dan berniaga lagi. Email sahaja kolin kalau ada pertanyaan lanjut di collin3108@yahoo.com. Boleh share ilmu, betul tak?

Jadi tunggu updates dari kolin bila NU Skin Expo akan berlangsung lagi ok. 

Understand Nu Skin's ageLOC science and technology
Learn about Nu Skin's business opportunity
Be empowered by succesful Sales Leaders, as they share their life tranforming stories

Love

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you