Friday, November 13, 2015

International Buffet di Spice Market Cafe, Shangri-La's Penang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau menginap di Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa, Batu Feringgi Penang, rugilah tak try International Buffet mereka di Spice Market Cafe. Jom kolin hidangkan kepada korang apa menu yang ada kalau dinner di Spice Market Cafe, Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa.


Untuk entri kali ini kolin belanja korang gambar pencuci mulut dahulu ok. Saja nak bagitahu kat buffet ini berbagai-bagai kek yang disediakan. Menyelerakan sehingga diet semua habis terjun masuk kolam. 


topping untuk ice cream





Lempeng yang ranggup ini kita boleh tambah topping apa yang kita nak. Pilih sahaja dari yang ada disediakan. Rambang mata!


Ini pula main course yang boleh korang semua pilih. Ada seafood segar, masakan ala india, masakan ala cina, sushi dan makanan ala korea. Banyak lagi sebenarnya, kalau nak cerita dan tempek gambar kat sini memang panjang berjela. Nak senang korang datang aje kat sini dan try buffet mereka ok. 
















Banyak kan....memang kalau nak makan semua tak larat. Tapi yang penting banyak sangat pilihan untuk seluruh keluarga kita pilih sekiranya bercuti atau makan di Spice Market Cafe ini. International Buffet ini pada Ahad malam, kalau korang nak tahu apa hidangan setiap malam kat sini jangan lupa layari website
http://www.shangri-la.com/penang/rasasayangresort/offers/


Lagi manis kalau dapat makan bersama keluarga tercinta kan!
Percutian di Shangri-La's belum tamat lagi ok.
Jumpa di lain entri...



Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you