Sunday, October 4, 2015

Sidang Media bagi The 8th Kuala Lumpur Eco Film Fest 2015

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kuala Lumpur Eco Film Fest 2015 telah dirasmikan hari ini buat kali ke lapan pada tahun ini. Majlis sidang media yang diadakan di The Bee Publika ini meriah dengan persembahan nyanyian secara akustik bagi membuka majlis sidang media ini. Ianya adalah kali pertama sidang media KLEFF diadakan.



Bagi tahun ini pilihan rasmi seiring dengan senarai dari peringkat dalam dan luar negara ini dipilih berdasarkan pembuat filem dan aktivis alam sekitar atau lebih dikenali environmentalis turut hadir ke festival ini. Semua filem atau karya mereka akan ditayang secara percuma di The Black Box, Publika dan tempahan boleh dibuat di KLEFF iaitu http://www.ecofilmfest.my/films/ticket-registration.html


 Tidak seperti sebelum ini KLEFF akan menjelajah lebih inovasi dalam penceritaan mengenai hal-hal alam sekitar yang akan dibawakan dalam 116 filem yang bakal ditayangkan sepanjang festival ini berlangsung. Menitik beratkan mengenai alam sekitar, para hadirin yang bakal hadir juga akan bersama memahami mengenai consumerism dalam Green Market di mana 76 NGOs dan green enterprise bakal mempamerkan produk dan perkhidmatan mesra alam mereka.


Kuala Lumpur Eco Film Fest 2015 yang dibawakan oleh EcoKnights ini membawakan mesej mengenai pemuliharaan alam sekitar dan semulajadi. Mereka memperkenalkan bagaimana keperluan dan produksi dapat dibawakan bersama dalam menjaga ekosistem. Ianya mendapat sokongan padu dari dalam dan luar negara di dalam kearah produk dan perkhidmatan hijau atau mesra alam.

 
Semua maklumat lanjut mengenai KLEFF 2015 boleh di dapati di www.ecofilmfest.my


Produser dari award winning film 'True Cost', Michael Ross juga bakal hadi sama di dalam menjayakan KLEFF dan membawakan satu mesej yang lebih bermakna kepada KLEFF untuk tahun ini. Selain daripada tayangan-tayangan filem yang bakal di tayangkan dari 16-18 Oktober 2015 di Publika ini, pelbagai aktiviti juga bakal dilaksanakan.

Festival ini turut mengadakan seminar, bengkel dan ceramah bagi orang awam yang berminat untuk mendaftar diri di dalam Festival ini. Festival ini tidak fokus kepada satu golongan sahaja. Tetapi dari yang muda sehingga yang tua boleh turut serta di dalam aktiviti yang bakal di adakan.


Festival ini juga bakal mendapat kunjungan dari selebriti, pemuzik dan artis tempatan yang turut menjayakan Festival yang bersifat not for profit festival ini. Dimana persembahan mereka bakal mengambil pentas pada Ahad, 18 Oktober bermula dari 4.00 petang di The Bee, Publika.

Jangan lupa tempah awal untuk semua tayangan filem yang bakal ditayangkan. Jangan terkejut anda bakal menyaksikan filem Malaysia yang telah menang di Jepun tetapi tidak pernah ditayangkan lagi di Malaysia sebelum ini. Kesemua aktiviti ini boleh ditempah melalui laman web rasmi mereka di www.ecofilmfest.mywww.ecofilmfest.my

KLEFF ini dianjurkan oleh EcoKnights dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Map Publika, The Bee, Mesym.com. Kedutaan Perancis, Tanamera, Infis, DHL, Han Chiang College, Point College, WWF, TInai Eco Film Festival, Vivie , Kloth, DurianAsean, Tripda dan Juice Works.

Love,

Kolin Zainal







No comments:

Post a Comment

loving me..loving you