Monday, October 5, 2015

Review: Pesan makanan tengahari dengan Shogun2u

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin memang sibuk dan tak ada masa sangat nak keluar makan. Lagipun dah bekerja selama 8 tahun di tempat dan daerah yang sama ini memang dah kenal semua makanan yang ada sekitar Shah Alam. So kali ini, kolin berubah angin dan cuba pesan makanan tengahari melalui talian online Shogun2u. Di laman web mereka memang banyak sangat pilihan yang boleh kita pilih. Tapi kali ini kolin nak makan makanan Jepun untuk makan tengahari. So buka www.shogun2u.com dan mula memilih hidangan yang terasa sangat kolin nak cuba. Maklumlah first time pesan makanan yang bukan burger atau pizza. Dah klik semua dan boleh di bayar semasa delivery sungguh memudahkan. Tak percaya korang klik dan cuba! Harga untuk set lengkap makanan ini hanya RM25.80 siap nasi, lauk, kek dan air tebu lagi. Murah ke tidak?!



Penghantaran memang tepat pada masa, sejam sahaja dan terus hidangan lengkap kolin sampai. Kolin memilih Yakiniku Beef Set untuk makan lunch. Happy sebab masih panas dan staff yang deliver pun peramah sangat. Senyum sahaja...kolin lupa nak ambil nama dia. 
Tapi memang kredit untuk Delivery Man semalam. Peramah....

Inilah set yang kolin cuba. Sedap kan.

 Yakiniku Beef Set, Black Forest, Sugar Cane Drink RM25.80

Air tebu yang tak manis tak tawar, secukup rasa, kek black forest pun sedap tak terlalu manis. Dan paling penting, daging itu lembut sangat, tak liat pun. Sedap betul!


Melalui pesanan talian Shogun2u ini pun, korang boleh buat surprise untuk orang tersayang tau. Order dan mereka akan deliver. Mesti seronok orang tersayang dapat makan lunch kita belanja kan. Yang penting sedap dan mudah. Pesanan melalui online sahaja. Jumlah makanan atau portion memang sama dalam gambar jangan risau. Memang cukup kenyang untuk makan seorang. Kalau yang nak order Combo dan makan ramai-ramai pun ada. Try tengok menu lain juga di Shogun2 tau. Ada masakan Fusion Cina, Korea dan pelbagai lagi. Pendek kata memang korang puas hati. Online kan biasa fast food. Tapi ini taraf Chef tau masak. Packaging pun ok dan makanan yang dihantar memang panas lagi. 

 
 Sekarang tiada alasan untuk tertinggal waktu makan tengahari. Pesan sahaja dan terus dihantar ke depan pintu pejabat atau rumah. Next time, kolin nak try pesan Shogun2u di rumah. Boleh cuba Nasi Lemak Fusion dia pulak. Nampak menyelerakan betul.

Buat semua jangan lupa layari www.shogun2u.com atau www.instagram.com/shogun2u atau www.facebook.com/shogun2u untuk update yang lebih menarik. Sure tak menyesal.

Love,

Kolin Zainal



 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you