Thursday, October 15, 2015

Review : Bioderma Sensibio H2O

assalammualaikum dan salam sejahtera


Bioderma Sensibio H2O ini adalah salah satu cara untuk kita membersihkan muka kita. Ada kalanya kita malas untuk ke bilik air nak cuci muka kan. Boleh lah gunakan ini, kolin try dah seminggu memang berkesan menanggalkan sisa make up di kawasan mata terutama eye liner.



Senang saja nak gunakan Bioderma Sensibio H20 ini. 
Cuma perlukan kapas muka dan tekapkan ke atas kapas.

Kemudian ambil kapas muka yang telah ada Bioderma Sensibio H2O dan mula menyapu kepada keseluruhan wajah yang perlu kita bersihkan setelah seharian mengunakan make up dan foundation. 

Lihatlah sendiri bersih atau tidak kawasan mata yang kolin sapu mengunakan Bioderma ini. 
Memang tiada langsung sisa eyeliner dan maskara di bahagian mata kolin.

Tidak berminyak dan menyumbat pori-pori muka. Malah pori-pori kian nampak mengecil setiap kali pengunaan Bioderma. Untuk yang masih mencari-cari produk membersih muka yang sesuai masa travelling atau balik kampung boleh try Bioderma Sensibio H2O.

Silap-silap masa trip balik kampung dalam kereta atau bas pun boleh kita gunakan. Janji kulit bersih dan bebas dan sebarang cela. Tak rugi kalau cuba kan..

#MuffinBeautyClub

Love,

Kolin Zainal

Be nice to people on your way up because you'll meet them on your way down.


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you