Monday, October 12, 2015

Kempen Media Sosial Bausch and Lomb Malaysia raih RM8880.00 untuk MAB

assalammualaikum dan salam sejahtera

Masih ingat lagi kempen senaman mata yang diadakan oleh Bausch and Lomb Malaysia sebelum ini? 
 

Semua video yang telah diupload, pihak Bausch and Lomb Malaysia akan menyumbang sebanyak RM5. Di sepanjang kempen tersebut sebanyak RM8,880.00 kutipan yang telah diraih bagi sumbangan kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB). 

Kempen penjagaan mata ini telah berjaya menarik perhatian para selebriti tanah air dan menjadikan kempen yang diadakan ini sukses. Barisan selebriti seperti Amber Chia, Belinda Chee, Kim Loo, Atikah Suhaime, Joyce Chu dan pengacara radio Cassey Soo dan Vivian Lu turut melakukan senaman mata. Video yang telah diupload ini telah mengunakan hashtag #bauschandlombmalaysia & #careforyoureyes dan tag 3 orang rakan lain untuk melakukan perkara yang sama.


Untuk ini, satu majlis penyampaian sumbangan cek telah di adalah di ibu pejabat Bausch & Lomb Malaysia. En. Jake Kim, Pengarah Urusan Bausch & Lomb Malaysia & Singapura telah berbesar hati menyerahkan cek bernilai RM8,880.00 kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia. MAB diwakili Dr. S. Radha Krishnan, TImbalan Presiden untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia.


Menurut Mr. Jake Kim, kami gembira kerana kedua-dua pihak telah mencapai objektif bagi meningkatkan tahap kesedarah mengenai kesihatan penjagaan mata. Di samping mengumpul dana untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia ia juga dapat mendidik masyarakat tentang pentingnya penjagaan mata. 

Wakil dari Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia Dr. S. Radha Krishnan juga menyatakan perasaan terima kasih terhadap kempen ini. Dengan dana yang terkumpul ini dapat juga sedikit sebanyak membantu pihak persatuan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membantu ahli mereka. Bagi yang ingin lebih maklumat mengenai persatuan ini, boleh lah layari di http://www.mab.org.my/


Bausch & Lomb Malaysia berharap selepas ini lebih banyak kempen-kempen seperti ini dapat dijalankan bagi membantu agensi atau masyarakat di masa akan datang. Sebagai pelopor di dalam kempen ini Bausch and Lomb mengajak anda melihat sendiri video-video ini dari selebriti tanahair. 

1.    Model Terkemuka Malaysia Amber Chia:
2.    Naib Juara Miss Chinese Cosmos SEA 2012 Kim Low:
3.    Hos Selebriti TV Belinda Chee:
4.    Hos Selebriti TV Host Daphne Iking:
5.    Hos Selebriti TV Host Nadia Heng:
6.    Aktres Selebriti Atikah Suhaime:
7.    Penyanyi dan Pencipta Lagu Malaysian Diandra Arjunaidi:
8.    Selebriti You Tube Malaysia Joyce Chu:
9.    Pengacara Radio Cassey Soo:
10.  Pengacara Radio Vivian Liu:



Kolin berharap kempen sebegini akan lebih banyak pada masa akan datang. Dapat juga membantu kepada insan-insan yang memerlukan. Layari http://www.bausch.com.my/untuk info yang lebih menarik ok.

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you