Friday, October 16, 2015

Hidangan aiskrim lazat di Freshy Freeze Malaysia, NU Sentral

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa suka makan aiskrim yang digoreng atas kuali nipis tu, ala ala berada di Thailand kan, sila angkat tangan!!! Kini ianya sudah berada di Malaysia, dekat sangat dengan KL Sentral ianya di NU Sentral, Tingkat 5 bersebelahan dengan GSC. Sebelum tengok wayang, pekena aiskrim sedap dahulu ye.
Freshy Freeze Malaysia, Freshly Made Ice Cream untuk peminat pemanis mulut. 



Ini cara mereka membuat aiskrim sebelum dihidangkan.Bahan-bahan untuk dibuat aiskrim akan diletakkan di atas tempat khas dahulu. Kemudian mengunakan senduk khas di kedua-dua belah tangan, aiskrim ini akan diadun dan diletakkan segala perasa dan perisa yang kita kehendaki. Kalau ke Freshy Freeze Malaysia di NU Sentral ini korang boleh lah saksikan sendiri macam mana ianya dibuat. Live Show!




Pemanis mulut, Minty Chocolate ini berharga RM25.00 sahaja.  Coklat Belgian yang mewah di hidangkan dengan perasa pudina. Cara presentation pun sudah cukup menyejukkan hati dengan limpahan coklat dan juga buat strawberry. Mungkin pemanis mulut yang terbaik untuk meraikan hari bahagia. Begitu imaginasi kolin melihat kepada hidangan ini. Birthday hubby end of the month..boleh kolin celebrate kat sini kan.


Ini pula Belgian Chocolate untuk saiz medium RM15.00 dan large RM19.50 sahaja. Kepekatan coklat dan limpahan rasa koko memang pasti menarik minat pengemar coklat macam kolin. Memang rasa tak nak lepas. Korang tak percaya pergi sendiri ke Freshy Freeze Malaysia di NU Sentral tau.

Selain dari itu, Freshy Freeze Malaysia ada pelbagai aiskrim yang boleh korang pilih dan cuba. antaranya ialah Banana Strawberry, Coffee Toffee, Japanese Green Tea, Vanilla, Strawberry Sorbet, Tropical Mango, Caramel dan banyak lagi. Jangan risau semuanya mengunakan buah-buahan semulajadi dan kurang manis. So semua peringkat umur boleh enjoy makan pemanis mulut di sini. Gambar di bawah adalah sebahagian menu yang korang boleh pilih untuk cuba. Sila santap gambar ye ...

Banana Flambe with French Crepe RM25

 Banoffi RM25

 Strawberry Cheese Cake RM25

 Mango Sticky Rice RM25

 Cookie Cream RM15 Medium RM19.50 Large

Sangat menyelerakan! Boleh lah korang hang out kat Freshy Freeze Malaysia di NU Sentral di Tingkat 5 sebelah GSC Cinema tu. Memang berbaloi dan yang penting sharing is caring! Datang bersama keluarga dan yang paling enjoy adalah anak-anak sebab aiskrim adalah makanan rasmi mereka.


Nak tengok lagi banyak gambar pemanis mulut yang sedap-sedap sila ke FB mereka https://www.facebook.com/myfreshyfreeze dan LIKE ok.

Love,

Kolin Zainal

1 comment:

  1. Tak pernah perasan pulak kedai aiskrim ni. Baru eh? Tapi emi pun macam dah 2 bulan jugak tak ke NU Sentral. Hehe. Next time boleh try ni

    ReplyDelete

loving me..loving you