Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Flavour of Malaysia di KL Tower

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau korang tak pernah balik kampung, pasal memang dah jadi orang bandar kan. Di KL Tower korang boleh pergi ke Flavour of Malaysia yang menjanjikan pengalaman yang menarik melalui replika unik rumah tradisional Malaysia yang dibina dalam suasana etnik budaya, masyarakat di bawah satu bumbung. 

Harga tiket untuk masuk ke sini ialah RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. 
Tapi kalau nak tengok persembahan kebudayaan dan makan buffet yang disediakan harga tiket dewasa ialah RM32 dan kanak-kanak juga RM32 untuk warganegara Malaysia yang ada MyKad. 
Tapi untuk pelancong luar lain lah harganya kan. 


Masa melangkah masuk ke sini korang boleh lihat keunikkan rumah-rumah yang dibina. Siap ada ayam sekali tau berjalan-jalan di situ. Ada replika perigi dan boleh bermain permainan tradisional kanak-kanak juga di sini. Pendek kata, sesiapa yang tidak pernah merasai semua ini semasa zaman kecil dahulu di sinilah tempatnya. Yang nak mengimbau kenangan pun boleh juga datang.



Lihat sahaja lah kawan-kawan blogger kolin semua enjoy semasa di Flavour of Malaysia di KL Tower. Memang banyak sangat aktiviti yang boleh kita sekeluarga buat di sini. Nak merasa kacau dodol pun boleh macam blogger si cantik manis Kak Ella



Kat sini ada juga anak monyet yang comel dan jinak boleh kita bergambar.


Selesai jalan-jalan dalam Flavour of Malaysia, kita semua boleh masuk ke dalam Gallery dan menikmati persembahan dari Orang Asli yang dibawakan khas dari Pahang. Sambil menikmati persembahan yang ada, kita juga boleh la makan buffet yang disediakan. Ada satay, nasi lemak, ais batu campur, nasi putih, gulai ikan masin, ulam-ulaman, kuih-muih dan banyak lagi. 






Bila dah makan, persembahan pun makin hebat korang pun boleh join tau menari-nari kat atas pentas tu. 
Jangan malu-malu, jangan segan-segan...setahun sekali saja kan.


Sebelum balik jangan lupa beli gambar kenang-kenangan semasa di sini. Boleh cuba pakai costume traditional kat sini juga. Merasa lah sekejap jadi orang dahulu kala. 
Nak melukis batik kat sini pun boleh juga. Kalau korang datang dengan pasangan boleh lah berangan buat pengambaran outdoor pakai costume traditional kan.


Untuk lebih penerangan dan maklumat lanjut sila layari https://www.menarakl.com.my/
Terima kasih kepada Menara Kuala Lumpur untuk semua pengalaman yang sangat berharga ini. 
Lepas ini jangan korang tak pergi pulak! Rugi tau!

"Jangan jadi pelancong, Jadilah Pengembara"

Love 
Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you