Thursday, October 8, 2015

Event: Rangkaian Vaseline White Healthy Skin untuk kulit anda

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat makluman, Vaseline adalah salah satu produk keluaran Unilever's dan ianya terkenal dengan produk pelembap. Hari ini Vaseline melangkah lebih maju lagi dengan menghasilkan keluaran losyen yang mengunakan micro droplets dari Vaseline Jelly untuk mengembalikan kulit yang rosak dari dalam. 

Teruja bukan! Berlangsung di Aloft Kuala Lumpur, sidang media bagi memperkenalkan produk terbaru Vaseline. Vaseline yang terkenal dengan "wonder jelly" yang sememangnya berkesan memberi lembapan kepada kulit, kini di jadikan di dalam botol losyen yang lebih berkesan. 
 Disebabkan kesibukan harian kita, sudah menjadi kebiasaan kulit akan lebih kusam. Kolin rasa masalah cuaca di Malaysia juga menjadi salah satu punca kulit tidak lembap dan kusam ini. Mana ada masa nak duduk diam-diam sapu losyen kan.


Semasa sidang media baru-baru ini. Vaseline telah mengadakan demonstrasi bagaimana Vaseline mampu mengembalikan lembapan kulit dalam masa yang singkat sahaja.  


Sebelum losyen Vaseline di sapu di atas kulit tangan kolin, pembantu kecantikan dari Vaselin mengukur dahulu tahap kelembapan kulit kolin. Malangnya hanya 32% sehaja, nampak sangat kan. Normal kulit yang ok dan lembap adalah sekitar 40% ke atas. So kita pun sapu Vaseline losyen ini.



Sangat seronok selepas di sapu losyen ini, kadar lembapan kulit kolin naik 82% dalam masa yang sangat singkat. Teruja bukan. Vaseline Healthy White Range mempunyai empat rangkaian yang boleh kita pilih. Yang ini kolin try Perfect 10 with AHA and Pro Retinol - for 10-in 1 benefits. 

Sekarang tak lah susah lagi nak maintain kulit badan supaya sihat dan tidak kusam lagi. Hanya gunakan Vaseline dah pasti kulit akan lebih sihat, tidak kusam dan bermaya. Buat pengetahuan korang, Vaseline yang terbaru ini tidak sticky atau melekit-lekit. Maknanya pagi-pagi selepas mandi tu, boleh lah kita sapu Vaseline dan juga sebelah petang selepas balik kerja kan. 

Vaseline ternyata memberi kelembapan pada kulit, membantu penjanaan kulit baru dan membantu mencerahkan kulit badan juga. Buat semua wanita yang kena selalu keluar di bawah matahari tu boleh try Vaseline dari rangkaian terbaru ini. 



Ada satu lagi yang sesuai untuk perempuan yang selalu driving, Vaseline Insta Fair untuk kulit yang lebih putih dan lembap dengan satu sapuan sahaja. Selepas ini memang tak ada lah masalah kulit badan tak sekata. Korang lihatlah sendiri hasilnya, sebelah lebih cerah bukan. 

terima kasih kak ani jadi model tangan kolin

Di bahagian atas, tangan sebelah kiri lebih cerah dan sihat setelah di sapu dengan losyen dari Vaseline. Memang dah terbukti sangat Vaseline ini bagus untuk wanita, tapi lelaki kalau nak pakai pun boleh tiada halangan. Sebab ada UV protection juga, boleh melindungi kita dari penyakit kulit disebabkan matahari berlebihan kan. 

Vaseline ini dicipta semenja 145 tahun dahulu oleh Sir Robert Chesebrough's yang memastikan Vaseline Jelly adalah produk terbaik untuk kulit. Dan kini dengan lebih inovasi, Vaseline menjadikannya lebih sesuai untuk pengunaan masa ini kini. Ashlee Ng, Personal Care Director, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. menyatakan losyen ini adalah satu penyelesaian untuk wanita yang inginkan kulit yang lebih sihat dan lembap.

Ada empat jenis losyen dari Vaseline yang boleh kita pilih mengikut  keperluan kita. Ada yang Insta Fair, Perfect White, Healthy White untuk UV Lightening atau  Healthy White dengan SPF 24.
Kalau tak pun beli sahaja semua sekali, dah tentu kulit akan lebih sihat kan.

Untuk lebih maklumat mengenai rangkaian terbaru dari Vaseline ini, boleh lah layari www.vaseline.com.my

Untuk wanita moden dan bekerjaya, Vaseline memang dapat membantu kan. Susah-susah dalam kereta sebelum keluar ke event atau kerja tu sapu sahaja lah sekejap kan. Nak cantik sekarang tak susah pun.



with Xandria Oii, Emcee of the day



Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you