Monday, October 19, 2015

Berada di 'OPEN DECK' Menara Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau dah pergi Blue Coral Aquarium dan KL Tower Mini Zoo, rugi lah tak naik Menara Kuala Lumpur kan. Menara Kuala Lumpur siap dibina pada Mei 1996 dan dibuka kepada orang ramai pada 23 Julai 1996. Menara ini telah dirasmikan oleh pemimpin kesayangan ramai iaitu  YA Bhg Tun Mahathir Mohamad, yang ketika itu Perdana Menteri bagi Malaysia. Menara yang dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Nanas seluas 9.37 hektar ini terletak di tengah-tengah pusat bandaraya. Di sini juga ada sebatang pokok yang dipelihara iaitu Pokok Jelutong yang berusia 110 tahun dan masih kekal terpelihara sehingga hari ini. 

Buat pengetahuan korang, masa nak naik ke atas di lif Menara Kuala Lumpur ini ada satu kubah yang dihiasi kaca umpama berlian gergasi yang disusun mengikut bentuk sesangga atau "Muqarnas". Berasal dari Iran dan sememangnya menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan juga luar negara. 


Kolin dah banyak kali ke Menara Kuala Lumpur ini. Tapi naik ke Observation Deck sekali dua rasanya. Tapi kali ini pengalaman yang sangat sukar dipercayai. Kolin dapat naik ke Open Deck yang korang selalu tengok orang buat terjunan tu. Haaa...seluas mata memandang, seluruh Kuala Lumpur terbentang.


haaa lihat lah sendiri! Gambar ini di capture oleh En. Effendee sebagai Photographer Official bagi KL Tower.  Berangin, seronok tak pernah bayangkan kolin akan berada setinggi ini.


yang ini pula mural yang ada di open deck. Boleh lah berangan 2 saat jadi model. Itu pun nasib professional photographer nak captured gambar kolin tau. Thx Fendy!! Kalau nak guna model kerepot give me a call ok.  Jom patah balik ke pemandangan di atas puncak Menara Kuala Lumpur ini. 





Best kan..terbuka. Sayup mata memandang. Kalau ada masa sila ke www.menarakl.com.my sebab kolin dapat tahu ada promosi tiket murah-murah nak naik open deck ini. Tapi kanak-kanak tak boleh. Yang boleh kanak-kanak pergi ialah ke Observation Deck. Ianya tertutup, berhawa dingin dan siap ada tempat membeli barang-barang souvenior lagi. Harga nya pula murah sangat. Tak percaya korang pergi lah shopping.
Murah sangat, macam tak percaya pulak di KL Tower ini barang cenderahati murah. 



Haa kat observation deck ini boleh lah macam guna teropong macam huda ini. Boleh teropong ke seluruh Kuala Lumpur, 360 darjah tau. 


Korang semua jangan lepaskan peluang untuk mengintai-intai semua aktiviti yang boleh kita buat di Menara Kuala Lumpur. Rugi lah kita sebagai rakyat Malaysia tapi tak pernah pergi ke Menara tertinggi di negara sendiri kan. Harus pergi dan rasai sendiri pengalaman anda.


Sempat kami bergambar dengan CEO Menara Kuala Lumpur iaitu Encik Meor Shahril Ahmad Rathuan
So kami semua dah jelajah KL Tower..korang bila lagi?

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you