Friday, September 25, 2015

World Tourism Day 2015

assalammualaikum dan salam sejahtera

 WORLD TOURISM DAY 2015
1Billion Tourists, 1Billion Opportunities
  
 

 Menjadi salah satu United Nation World Tourism Organization (UNWTO), Malayisa akan turut menyambut World Tourism Day yang akan dirasmikan pada 27 September setiap tahun untuk memperlihatkan bagaimana pelancongan sangat penting di dalam Ekonomi Global. 


Tahun ini bertemakan '1Billion Opportunites' adalah target kesedaran bahawa bagaimana pelancongan atau tourism itu menyumbang kepada dari segi sosial, budaya, politik dan juga nilai ekonomi. Tahun ini Global World Tourism Day 2015 akan disambut di Burkina Faso, West Africa tau.

Bagi menambah keserian dalam sambutan World Tourism Day 2015, Ministy of Tourism and Culture Malaysia atau dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan #Kolektif1 di mana pameran fotogradi mengenai 78 tempat yang palin lawa di Malaysia yang telah disumbangkan oleh 28 jurugambar tempatan bermula dri 26 September sehingga 30 Oktober 2015. 


Di samping itu, sambutan ini melibatkan Fuji Global Photo Walk iaitu Photography Talk, Perasmian bas Hop on Hop off (HOHO) World Tourism Day 2015 dan juga Media City Tour. Kementerian berharap dengan kerjasama dari Taylor's University sebagai institusi yang turut sama menyambut World Day Tourism pada 29 September 2015 melalui National Blue Ocean (NBOS) akan sukses. Malahan lebih 3000 orang pelajar termasuk pensyarah dari pelbagai tourism agencies akan bersama-saama dengan Pacific Asia Travel Association (PATA) dan Tourism Educators Association of Malaysia (TEAM) bersama menjayakan sambutan pada tahun ini. 

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang "1Billion Tourist, 1Billion Opportunites' itu nanti. Ianya akan memberi peluang kepada orang ramai mengenai kesedaran, kefahaman dan juga peluang terutama kepada pelajar yang lebih terlibat dengan dunia Tourism.

Malaysia turut berbesar hati menjayakan sambutan ini di mana Minister of Tourism dan Culture Malaysia iaitu YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz telah terpilih sebagai Vice President of the21st UNWTO General Assembly in Madelin, Colombia pada 16 September 2015. 

Khas buat anda pula bagi menyokong sambutan ini, anda turut boleh turut serta upload gambar mana-mana destinasi percutian anda di Malaysia. Jangan lupa #MYWorldTourismDay. Seluruh Dunia akan bersama-sama dalam sambutan ini dan jangan lupa hashtag juga #1billiontourist dan #WTD2015 di semua sosial media yang anda upload gambar ok. Mana tau, dengan usaha begitu Malaysia akan menjadi destinasi perlancongan yang terkemuka di seluruh dunia. 

Love,

Kolin Zainal

artikel ini dibawakan untuk Tourism Malaysia 








No comments:

Post a Comment

loving me..loving you