Tuesday, September 22, 2015

Pelancaran Restoran Ten Years

asssalammualaikum dan salam sejahtera

Restoran yang meraikan sajian Malaysia Warisan Zaman- Berzaman ini terletak di Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur. Melengkapkan sajian dari Char Kuey Teow Pulau Pinang sehinggalah Nasi Kuning Tawau. Siapa yang tidak tahu Malaysia adalah syurga makanan. Dengan pelbagai bangsa dan budaya duduk serumpun sudah tentunya sajian enak dikongsi bersama sebagai Rakyat Malaysia. Sajian yang bercampur pelbagai budaya ini membawakan hidangan tradisi Melayu, Peranakan, Cina dan India. Dengan hasrat untuk memelihara citarasa jalanan, tujuh sahabat berganding bahu dan merealisasikan sebuah restoran yang diberi nama Ten Years atau Sepuluh Tahun.


Pengasas Restoran Ten Years iaitu Mr. Victong Bong menyatakan tujuan Ten Years diwujudkan adalah untuk mengabadikan semua sajian Malaysia di bawah satu bumbung. Ini bagi melindungi resipi yang takut hilang apabila pemilik atau pewaris yang tidak mampu meneruskan lagi sajian yang menjadi turun temurun. Sehubungan itu, Ten Years berhasrat untuk mengekalkan dan memelihara warisan ini bagi generasi baru menikmati sajian lazat dari seluruh Malaysia. Sajian Malaysia sememangnya penuh dengan rempah ratus dan citarasa ini dan Ten Years menjanjikan yang terbaik untuk semua pelanggan yang bakal berkunjung ke sini. 


Antara hidangan yang menjadi pilihan Ten Years termasuk Nancy Nyonya Laksa dari Melaka, T& T Prawn Mee dan Tiger Char Koey Teow dari Pulau Pinang dan Nasi Dagangn Kak Pah dari Terengganu. Ten Years juga mempunyai kepakaran mereka sendiri yang menghidangkan sajian Fusion yang berinspirasikan dari sajian serata Malaysia iaitu Lamb Masak Merah dengan 3 warna nasi yang merupakan masak merah dari Negeri Johor, manakal Grilled Chicken Percik Sauce adalah citarasa dari Kelantan. Setiap hidangan bermula dari harga yang amat berpatutan iaitu RM12.90 sahaja.

Nasi Kuning Tawau

Tiger Char Koey Teow

Nancy Nyonya Laksa

Nasi Lemak ayam berempah

Konsep yang digunakan oleh Ten Years menampilkan ruang makan khas untuk era-era yang berlainan bertepatan dengan tema yang digunakan iaitu "sepanjang zaman". Perpaduan yang di amalkan di Malaysia kini terserlah dengan konsep yang dibawakan oleh Restoran Ten Years ini. 


Boleh lah selepas ini kita datang beramai-ramai dengan ahli keluarga dan kawan-kawan untuk merasai sendiri semua resipi warisan yang dihimpunkan di Restoran Ten Years. Tiada yang lebih bermakna apabila semua sajian citarasa budaya yang berbilang kaum di bawah satu bumbung kan.

 
bersama blogger sally dan sue

Tiada yang lebih enak bila dapat makan di restoran yang selesa bersama kawan-kawan. Kepada yang masih mencari tempat nak chill out di sinilah port baru untuk kita makan dan relax. 

Restoran Ten Years ini dimiliki sepenuhnya oleh Horsemen Group Sdn Bhd dan ditubuhkan dengan visi untuk mengabadikan resipi masakan Malaysia bagi generasi yang akan datang. Jadi tak lah semua hilang di telan zaman kan. Masa hari pelancaran hari tu kolin try Tiger Char Koey Teow dan teh tarik. Apa yang boleh kolin cakap memang yummyy....Makan sampai kenyang sampai nak drive balik pun teringat-ingat sedap betul masakan di Ten Years. Impian Ten Years menjelang 2017 mereka bakal mempunyai 40 cawangan serata Malaysia. All the best Ten Years!


Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you