Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MTV World Stage Malaysia 2015 di Surf Beach @ Sunway Lagoon

assalammualaikum dan salam sejahtera

Berlangsung dengan meriah baru-baru ini MTV World Stage Malaysia 2015. Kolin amat bertuah dapat menjadi salah seorang pengunjung yang menyaksikan acara gilang gemilang ini.


Seawal pukul 6.00 petang kolin dan kawan-kawan dah tunggu di ruangan VIP untuk menyaksikan acara ini. Memang ramai sangat orang masa tu, tapi kami beruntung sebab tiket VIP kan.  Pemeriksaan ketat dijalankan sepanjang perjalanan kami semua masuk ke kawasan Surf Beach di Sunway Lagoon. 
Memang terbaik! Maklumlah dah lama kolin tak pergi konsert besar-besaran macam ini.



Selesai bag kami diperiksa dan kami terus menuju ke Surf Beach. Tapi sebelum itu tak lengkap lah kalau tak bergambar di wall yang ada kan. Maklumklah kolin sawan bergambar.




Haa...betul kan kolin memang suka bergambar. So jom kita ke pentas utama untuk melihat apa yang ada
Surf Beach is close for private function malam tu. Waaa seronoknyaaa!



Korang lihat sendiri lebih 35,000 orang hadir ke MTV Wold Stage Malaysia 2015. Pertama kali kolin tengok semua air kat kolam ini dikeringkan dan sekarang we are all up for the party! Sebelum konsert bermula kami disajikan dengan refreshment ringan. Sempat lah makan sandwich, orange juice dan melepak-lepak sebelum bermula konsert lebih kurang pada 8.30 malam. 

Acara berprestij ini di acarakan oleh VJs Alan Wong dan Hani Hoefer. Tambah gamat apabila mereka tangkap selfie beramai-ramai bersama semua penonton di bawah pentas. Sporting dan ceria!

Persembahan pembukaan untuk malam itu adalah dari our own singer..STACY
Memang mantap..terbaik..meremang bulu roma tengok Stacy performed dengan lagu Not For Sale


Persembahan kedua pula dari Sekai No Owari penyanyi dari Jepun ini memang buat semua penonton bersorak apabila mampu berbicara bahasa melayu. Katanya dia suka makan char kuey teow dan satay tau. Memang comel sangat lah orang jepun makan satay kan...
Banyak lagu dia kolin tak tau nyanyi, tapi terkejut sangat bila tengok ramai yang tahu. Hurmm..lepas ini confirm kolin kene follow dia ni sebab memang sedap sangat lagu dia


Ini pula kumpulan Apink, Group Kpop. Memang comel-comel sangat mereka ini. Cara mereka bercakap dan menari memang mengasyikkan. Lagu NoNoNo mereka memang menjadi nyanyian semua orang malam tu. Happening sangat! Kaki kolin tak boleh diam masa ini, ikut menari Kpop hihih


Untuk persembahan yang ke seterusnya Carly Rae Jepsen pula mengambil ruang pentas. Pretty and humble singer ini menyanyikan lagu kegemaran kolin iaitu Call Me Maybe! Woah....best!!!

Dan penyanyi yang memang di tunggu-tunggu Jason Derulo. Cuma satu saja masalah masa konsert ini berlangsung. Masa dari satu persembahan ke satu persembahan sangat lama. Dekat 30 minit kami menunggu Jason Derulo selepas persembahan Carly Rae Jepsen. Tapi berbaloi!!!

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Watcha Say ini memang pandai mengambil hati penonton. Suara sedap, pandai menyanyi membuatkan ramai penonton histeria. Memang tidak dinafikan MTV Wold Stage 2015 happening. Hope tahun depan dapat join lagi. Senyum-senyum tidur malam dapat tengok Jason Derulo hihihi

MTV World Stage Malaysia 2015 dibawakan oleh SUNWAY, XPAX, bac.edu.my, WATSONS, Tourism Malaysia. Dan rakan penyiar rasmi mereka ialah ASTRO, DOLBY, ERA FM, HITZ FM. MY FM, BIG TREE, CLEO, MAJALAH EH!, HUPE MALAYSIA, SELEBRITI ONLINE, TIME OUT KUALA LUMPUR, Y.G dan SOJU SUNWAY.


 Buat mereka yang terlepas menyaksikan live MTV World Stage Malaysia 2015 ini, ada siaran ulangan di MTV di Asia pada hari Sabtu, 26 September pada pukul 3.30 tengahari. So jangan terlepas tengok ok. Terima kasih Tourism Malaysia untuk pengalaman hebat ini!

#worldstagemy
www.worldstage.mtv.com

Love,

Kolin Zainal





8 comments:

  1. Wow so happening there! Thank you for sharing as I missed the show :)

    http://waiyee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. The performance seems great. So many peoples attending it.

    ReplyDelete
  3. wow so happening your night. NIce see you enjoy so much, all night long!!

    ReplyDelete
  4. It is such a happening event there. I miss all those

    ReplyDelete
  5. So glad u had fun there. I didn't have a chance for this. Lol.

    ReplyDelete
  6. a mama can still party and you prove it yo! looking hot at the party babe

    ReplyDelete
  7. I miss out this show... Really looks like a lot of fun!~

    http://cre8tonebabe.blogspot.my

    ReplyDelete

loving me..loving you