Sunday, September 13, 2015

Mengenali Blogger Terkenal Mr. Jocko

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ini semua adalah kisah benar dan tiada rekaan tau! Kalau nak tahu,  minat kolin berblog bermula sekitar tahun 2009 dulu. Blog Mr. Jocko adalah salah satu blog yang banyak kolin baca. Dan jangan tak percaya, Mr. Jocko atau nama sebenarnya ialah Rosmadi Shakri ini antara yang terawal tekan button follow di blog kolin yang serba daif pada masa itu. Dan memang blog Mr. Jocko in my favourite list all this while.


The Glamorous Travel Blogger ini selalu memberi inspirasi kepada kolin. Bayangkan dengan hanya berblog beliau mampu terbang ke luar negara fully sponsored pulak tu. Memang kolin tak tipu, i am super jealous dengan Mr. Jocko ni ok. Jealous yang positif ok..bukan negatif.  Bangga tengok anak melayu!

Melihat kepada laman web  http://www.mrjocko.com/ 
yang sememangnya sudah bertukar dari segi design, domain pun dah bertukar kalau tak silap kolin lah. 
Sekarang gambar lebih meriah, lebih cantik, cerita kian padat. Dengan event, dengan pengalaman dan tips yang dikongsikan sedikit sebanyak memang membantu blogger yang baru nak bertapak macam kolin ini. 

Blog http://www.mrjocko.com/  memang tampil seiring dengan tema THE GLAMOROUS TRAVEL BLOGGER. Kalau tak percaya, korang klik pautan yang kolin sediakan ini dan lihat lah sendiri. Kolin pernah sekali bertemu dengan tuan punya badan. Ternyata tak sombong, malah peramah. Masa tu memang kolin banyak senyum saja lah, sebab segan sangat dengan Mr. Jocko yang super friendly.

Blog yang lengkap dengan sisipan Facebook, Instagram, Twitter dan pautan lain memudahkan untuk melihat perkembangan terkini blogger ini. Lagi satu, gaya posing Mr. Jocko yang agak kelakar kadang-kadang menarik perhatian orang macam kolin ini. Kolin rasa itu salah satu punca orang suka sangat lah klik dan baca blog Mr. Jocko ini. Buat blogger yang selalu buat kolin jealous sebab asyik travel sana sini, kolin doakan yang terbaik buat Mr. Jocko. Doakan kolin mampu jadi sehebat  
THE GLAMOROUS TRAVEL BLOGGER 

#ReviewBlogMrJocko #BloggersMedia

Love
Kolin Zainal

3 comments:

  1. jeles la aku ni, u dapat bertemu dgn blog tuan terhebat ni,, hehe :D

    ReplyDelete

loving me..loving you