Monday, September 14, 2015

Jerebu

assalammualaikum dan salam sejahtera

Hampir setiap tahun kita di Malaysia akan mengalami masalah ini. Masalah yang berpunca dari jahilnya manusia tentang bumi dan alam sekitar ini. Makin parah, makin teruk memang agak marah dengan kejadian ini. Bayangkan lah, kolin di pejabat berhawa dingin, tapi anak-anak ke sekolah...OPEN AIR

kalau tak bagi anak ke sekolah karang, ketinggalan. Dah ke sekolah pulak satu hal, memikirkan tentang masalah kesihatan anak. Nak tunding jari tak tau kat siapa, tapi yang penting kolin frust. Masalah kesihatan yang bakal di hadapi oleh anak-anak amat mengacau jiwa betul tau.

Namun begitu, kita semua kena ambil langkah-langkah yang perlu dalam mengharungi jerebu yang makin teruk ini. Antaranya FACE MASK atau TOPENG MUKA, minum air masak banyak-banyak dan kalau boleh kurangkan aktiviti luar rumah.

Sumber dari Singapore General Hospital

Macam mana jerebu boleh menCEDERAkan kita. Hidung, laluan udara iaitu paru-paru, kulit, mata, hati dan juga orang-orang yang mempunyai penyakit yang serius. Jerebu sebegini memang amat memudaratkan.

 sumber dari KKM

Ini antara yang dikongsi di laman web KKM. Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga orang-orang tersayang. Kolin berharap tahun depan kita tak perlu lagi harungi JEREBU

Love,

Kolin Zainal

2 comments:

  1. yes kena jaga kesihatan...
    now, sedang ujan ribut kat seremban.
    hopefully jerebu berkurang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ...
      dari seremban ye..
      take care..thx for dropping by :)

      Delete

loving me..loving you