Thursday, September 17, 2015

Event: Lux memperkenalkan mandian badan dengan haruman kekal sehingga 8 jam

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bertempat di Kuala Lumpur, Lux memperkenalkan mandian badan yang kekal selama 8 jam. Sekali lagi Lux memberi inspirasi kepada semua wanita di luar sana bagi penghargaan kepada mereka. Lux Magical Spell memberikan kemewahan, keasyikan dan pengalaman mandian terbaru yang bakal anda alami.
Memberikan wangian yang kekal lama menjadikan Lux antara brand beauty yang terkemuka di Malaysia.
Dengan adanya intense Black Orchid dan Juniper Oil adalah gabungan yang sempurna dari dark woods, golden amber dan vanilla bean. Lux Magical Spell sememangnya menyediakan pewangi badan 
yang bertahan selama 8 jam. 

Acara yang gilang gemilang ini dimulakan dengan ucapan dari Ms. Chong Yen Nee, Category Head Senior Brand Manager, Total Skin, Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd. Beliau menegaskan Lux Magical Spell bukan sahaja mampu bertahan selama 8 jam. Pada masa yang sama juga, Lux membawakan wangian yang mampu memberikan seseorang wanita keyakinan dan menyerlahkan lagi kewanitaan seseorang. Menjadi cantik dan glamour adalah impian ramai wanita. Dan dengan kemewahan dari Lux Magical Spell semua ini dapat direalisasikan dengan sempurna. 


Pelancaran rangkaian terbaru Lux kali ini menengahkan Juliana Evans sebagai selebriti yang akan berkongsi pengalaman mengunakan Lux. Juliana sekali lagi berkongsi pengalaman beliau menguna sabun wangian badan Lux. Menurut Juliana, untuk menjadi wanita yang kuat, yakin dan mempunyai karisma adalah penting dengan menjaga kebersihan diri. Kebersihan dari dalam dan luar mampu membuatkan seorang wanita itu tampil hebat dan anggun. 


Lux yang berkerjasama dengan ZALORA, laman shopping web yang terkenal ini bersama-sama SUB International School of Beauty dan Make-Up telah membuat satu transformasi bagi blogger yang terpilih untuk membantu mereka menukar penampilan mereka dan mecipta satu gaya yang baru untuk meningkatkan lagi keyakinan diri bagi setiap blogger yang terpilih. 

Kami semua diberikan peluang untuk mencuba sendiri rangkaian Lux Magical Spell yang terbaru ini. Memang wangi sangat-sangat dan tentunya kolin suka Black Orchid ini. 



Lux yang telah bertapak semenjak 1925 ini sememangnya tidak dapat diragui lagi. Pernah berkerjasama dengan lebih 400 world most glamorous actresses seperti Elizabeth Taylor dan Marilyn Monore kemudian ke Aishwarya Rai dan kemudian Shu Qi. Menjadi ikon keanggunan wanita yang sememangnya mempunyai citarasa tinggi dalam penghasilan sabun mandian untuk badan. 



Langkah pengunaan ialah meletakkan amaun yang secukupnya di atas loofah dan mula menyapu keseluruhan badan. Anda akan rasai sendiri wangian yang ada di dalam Lux Magical Spell. Ianya dijual di semua hypermarket, supermarket dan farmasi yang berhampiran. Dengan harga RM17.90 bagi  950ml dan bagi 220ml pula dijual dengan harga RM6.00 sementara 600ml dijual pada harga RM8.90 sahaja. 

Kolin bertuah dapat bersama-sama selebriti Juliana Evans yang sangat merendah diri. Dan tak lupa juga Cik Epal blogger terkenal pun ada tau. Memang dah lama kolin nak jumpa blogger ini. 
Dapat juga jumpa kat sini. Lupa nak selfie dengan Blogger Namee..next round Insya Allah jumpa lagi



Kini Lux juga ada di facebook, sila layari www.facebook.com/LuxMalaysia untuk lebih maklumat lanjut mengenai rangkaian terbaru Lux iaitu Lux Magical Spell.
Yang pasti, keanggunan seseorang wanita pasti terserlah dengan Lux.

#8hoursofLux

Love, 

Kolin Zainal 

 

11 comments:

  1. I've used Lux products like forever. It's good to see them growing from strength to strength.

    ReplyDelete
  2. Wow the packaging so nice. Shall give it a try

    http://waiyee.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. I always love Lux. I should try this next time. :) thank you for sharing this :)

    ReplyDelete
  5. That large size lux bottle don't think we need to restock so often XD

    ReplyDelete
  6. I love LUX shower gels.. they smell just so heavenly...

    ReplyDelete
  7. wow, a scent that can last for 8 hours? not bad at all!

    ReplyDelete
  8. suka je kalau mandi dalam haruman lux...feel the pampering macam spa kan

    ReplyDelete
  9. I've never used Lux products before but black orchid sounds like it would smell really nice! =D

    ReplyDelete
  10. Love the scent that Lux gives. The black orchid looks good, will definitely give it a try soon.

    ReplyDelete
  11. Lux smells good. Like the purple-ish themed event!

    ReplyDelete

loving me..loving you