Saturday, September 12, 2015

Birthday Present dari kesayangan

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bila hari lahir pasti hadiah yang kita nantikan bukan. Tahun ini memang kolin meriah dengan pelbagai ucapan, kek aiskrim dan juga hadiah. Seronok sangat rasa hati, dah tua pun dah dapat hadiah kan.


Ini dua helai long glitter cardigan. Yang warna brown tu biras kolin dari penang yang belikan dan yang hitam kelabu tu husband dan anak-anak kolin belikan. Memang suka sangat pakai long cardigan ini, nampak sopan sangat. Thank you kak zee, papa dan anak-anak mamy.



Yang comel dari Tupperware ini dari BFF kolin. Tak sangka dia bagi kolin bekas kukus yang super comel ini. Makin bertambah lah gajet kat dapur I kan. Lepas ni jemputlah ke rumah kolin, i kukus pau untuk uolss heheh. Happy me! Thank you kamilah ismarani..#muahciked


This lovely scarf dari cikgu tuition anak-anak kolin. Ms. Selvi yang mengajar anak-anak kolin matapelajaran English ini memang baik hati. Lawa sangat scarf ini sampai rasa sayang nak pakai. Thank you Ms. Selvi!!
Mana nak dapat jiran baik hati bagi hadiah kan hehehe...What a wonderful life!


Terima kasih semua kesayangan! I am soo happy surrounding with LOVE!
Tapi masih ada satu lagi hadiah yang tak sampai-sampai..hurmm...
mana lah ek! Hope tak lama lagi lah *wink

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you