Wednesday, August 5, 2015

syawal kan sebulan!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Semua tanya kolin tak buat ke rumah terbuka. Well bukan tak bagi datang rumah cuma tak buat besar besaran hihihi. Tapi terus terang kolin cakap, memang setiap minggu rumah kolin penuh dengan kawan-kawan, jiran dan keluarga. So siapa yang nak datang tu, boleh lah call kolin. Apa yang ada kolin jamu saja, janji beraya kan.

Minggu pertama kolin buat makan makan untuk jiran sekitar. Ada nasi impit, lemang, rendang, kuah kacang, lontong dan kuih muih. Biskut raya pun ada.


Yang ini kawan-kawan ali imran serbu rumah. Jiran bangsa Cina dan India pun datang berhari raya ke rumah kolin. Memang meriah sampai ke 11 malam. Sampai kolin jemput makan nasi putih last sekali hahaha. Sebab semua nasi impit dan lemang dah habis.

Disebabkan terlalu sibuk, kolin tak sempat nak bergambar. Tapi terima kasih buat Mr & Mrs Lau, auntie dan uncle yang selalu bagi anak-anak hadiah, Ms. Selvi yang selalu bagi tunjuk ajar kat anak-anak. Memang tak menang tangan kolin sepanjang hari.


Yang ini jiran block C. Dah malam kan kolin goreng mihun saja. Terima kasihlah sudi datang beraya. Terlebih terkurang mohon maaf ye.


inilah cucu sulung kolin, Adam Fayyad. Dia datang beraya rumah Tuk Ndak dan Tuk Mummy dia. Seronok sangat berbaby wei...rindu nak timang timang. Memang baik sangat Adam, di dukung pun diam saja. Nanti datang rumah tuk mummy lagi ye.


Inilah istana kolin, buat semua kawan-kawan yang selalu cakap tak pernah datang rumah nak beraya. Sila lah datang ye. Kecil tapak tangan, stadium bukit jalil kolin tadahkan. Syawal kan sebulan!

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you