Saturday, August 22, 2015

Mee Tarik Warisan Asli di Jalan Dang Wangi

assalammualaikum dan salam sejahtera

Rindunya makan makanan cina masa bercuti kat Beijing dulu. Tapi tak payah nak susah-susah kat KL pun ada dah. Original masakan dari China ok! Memang sedap. Terletak di Jalan Dang Wangi Restoran, inilah MEE TARIK WARISAN ASLI masakan Cina Muslim.


Teringin nak makan mee tarik yang dihasilkan di sini. Di sini semua bahan fresh dan segar. Boleh datang cuba makan ok. Memang rindu sangat nak makan masakan Cina Muslim wei..
Siap pergi kat kitchen mereka tengok lah sendiri macam mana mereka menguli tepung 
sehingga menjadi mee yang sangat lazat. 


Ini yang kolin order, Mee yang ada campuran daging dan capsicum. Rasanya!!! Memang lazat...
dan buat pengetahuan korang. Memang portion dia besar sangat, kolin share dengan Ali Imran.


yang ini pula pilihan Alisa Maisara, Mee dengan ayam. Lupa nama sebab banyak sangat pilihan yang sedap kat sini. Kalau tak nak mee pun boleh juga, nasi putih ada, nak mengatah lauk pauk pun ada.

Yang hubby punya lupa nak snap gambar sebab laju sangat dia makan. Lapar agaknya
Yang penting memang sedap dan berbaloi. Lepas rindu pada Beijing. Nak pergi lagi ntah bila kan.

Ini antara menu yang dapat kolin capture untuk pilihan korang makan di sini nanti.




Memang sedap dan terbaik! Anak-anak kolin pun suka makan. 
Mee kenyal, sedap dan memang dihasilkan 100% homemade.
Try la Teh O Ais Laici mereka..memang sedap!



Memang kami enjoy sangat makan kat sini. Sesiapa yang nak melepas rindu makan makanan Cina Muslim atau nak rasa masakan enak mereka boleh lah ke sini. Kolin dapat tahu banyak sebenarnya cawangan mereka. Senang nak cari kalau google kut.


3 pinggan mee dan 4 air semua sekali siap GST bagai RM47.15 sahaja. Kenyang dan sedap. Terima kasih hubby bawak kolin anak beranak makan sini. Lain kali kita pergi makan makanan Arab pulak ye.
Love you hubby!


Love,

Kolin Zainal

p/s: on 31 Aug is our 11th Wedding Anniversarry and still counting. Alhamdulillah 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you