Tuesday, August 25, 2015

Majlis Perasmian Star Light Kids di Avenue K Jalan Ampang Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah outlet indoor playground besar pertama yang berada di tengah bandar Kuala Lumpur yang menjanjikan keseronokan buat anak anda. Indoor Playground yang terbaru ini telah dirasmikan pada Sabtu yang lalu di mana ianya terletak di Kuala Lumpur. Star Light Kids ialah taman permainan dalam Mall yang bertemakan oleh angkasaraya (spaced theme) ini mempunyai keluasan 5,500 kaki persegi.


 Star Light Kids yang teletak di L3-14A, Level 3, Avenue K Jalan Ampang ini dimiliki oleh tiga beradik iaitu Shaz Lydia, Shaz Elaine dan Shaz Elyza. Ketiga-tiga mereka mempunyai impian menyediakan tempat yang selamat dan menyeronokkan buat kanak-kanak. Dengan itu Star Light Kids ini pun di realisasikan.


Ramai yang turut hadir pada majlis tersebut termasuklah selebriti terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi, Shasha Saidin, Jovian Mandagie dan juga Nina Sabrina Ismail. Majlis yang gah ini telah mendapat perhatian ramai pihak media. Apa lagi Ali Imran dan Alisa Maisara sangat teruja nak cuba fasiliti yang ada di dalam Indoor Playground yang bertemakan Spaced atau Angkasaraya. Siap ada face painting, photobooth dan art with sand. Satu hari yang mengirangkan sebab kolin dapat berposing dengan mak kolin.



Perasmian ini diserikan lagi dengan kami sebagai media dibenarkan masuk ke dalam indoor playground ini dan melihat sendiri semua permainan yang ada. Bukan sahaja kanak-kanak yang seronok. Kolin sendiri seronok! Memang best, banyak sangat permainan yang boleh anak-anak kita terokai. Yang paling penting, mereka memastikan semua memakai stokin sepanjang masa dan sebelum masuk ke dalam semua kena sapu hand sanitizer untuk memastikan semua ok. Malah suhu badan anak juga diperiksa sebelum masuk. Penting tau untuk keselamatan semua anak-anak. 


Pemilik Star Light Kids berharap dengan semua fasiliti yang ada di The First Largest Home Grown Indoor Playground ini akan menjadi tempat tumpuan bagi keluarga menghabiskan masa bersama-sama. Apa yang penting ialah kegembiraan bagi setiap kanak-kanak. Hak bermain adalah hak mereka! hehehe


Ada dua servis yang ada di Star Light Kids iaitu per enty di mana penjaga boleh bersama anak-anak di dalam taman permainan ini atau Drop & Shop iaitu anak tidak ditemani penjaga akan tetapi di jaga oleh pekerja yang sangat friendly di Star Light Kids. Walaubagaimana pun ada peraturan juga tau.  Free locker service pun ada untuk kita menyimpan barangan peribadi kita semasa di Star Light Kids.

 

Di Star Light Kids juga anda boleh buat parti hari lahir, akan mengadakan kelas selepas sekolah buat anak-anak, kelas untuk ibu bapa on parenting. Semua acara ini akan diadakan di bulan-bulan yang akan datang. Untuk September nanti, kelas Zumba dan Yoga untuk ibubapa, urban gardening class untuk anak dan ibubapa malah kelas yoga bersama bayi dan ibubapa. Memang Star Light Kids one stop centre untuk semua yang melibatkan keakraban ibubapa dan anak-anak.


Untuk lebih informasi, anda boleh hubungi 03-21818687. Ianya dibuka dari 10.00 sehingga 8.00 malam setiap hari, layari saja http://www.starlightkids.com.my atau follow mereka di FB FanPage http://www.facebook.com/StarLightKids untuk lebih update mengenai aktiviti yang bakal dijalankan. 


Tahniah Star Light Kids kerana menyediakan satu fasiliti lengkap dan selamat di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Acara perasmian ini dilengkapi dengan makan tengahari di Samba Brazilian Steak House yang sangat selesa buat seisi sekeluarga. Jangan lupa yang mana berdating atau shopping di sekitar Jalan Ampang boleh lah Drop & Shop. Memang confirm anak-anak korang akan gembira. Macam kolin heheh...



Love,

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you