Wednesday, August 12, 2015

MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL TOPENG ANTARABANGSA MALAYSIA 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera 
  

Melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara mengumumkan  Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan menghadiri  Malam Gala Festival Topeng Antarabangsa Malaysia 2015 seperti butiran berikut:

Malam Gala Festival Topeng Antarabangsa Malaysia 
13 Ogos 2015, Khamis
8.00 malam
Esplanade Taman KLCC Ampang Kuala Lumpur

 Mari kita ramai-ramai warga kota memeriahkan lagi sambutan ini dengan hadir bersama-sama dan mengikuti semua program yang telah dirancang oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Sure korang nak tengok pelbagai rupa topeng dari serata dunia kan. Inilah masanya, tak perlu ke mana-mana hanya di Kuala Lumpur kita dapat rasai pengalaman ini. 

 
 Acara ini akan berlangsung dari 13 sehingga 16 Ogos 2015 di sekitar Kuala Lumpur. Untuk informasi yang lebih lanjut anda boleh layari www.tourism.gov.my atau www.jkkn.gov.my

Bersama kita memeriahkan acara gilang gemilang ini untuk Malaysia.

Love,

Kolin Zainal


 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you