Wednesday, August 19, 2015

kasut MediFeet bagi yang memerlukan penjagaan kaki yang optimum

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kunjungan kolin ke ke cawangan MediFeet di No. 3, Block 1, Ground Floor, Worldwide Business Park, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13 Shah Alam ini memang berbaloi. Kasut dari MediFeet ini sememangnya di reka khas untuk orang yang memerlukan penjagaan kaki yang optimum.


Paling sesuai untuk pesakit Arthritis, Bunions, sakit tumit, sakit otot/urat, berjalan atau berdiri terlalu lama, kepenatan kaki, mengandung, hospitality industry atau healthcare medical segment. Kasut dari MediFeet ini sememangnya di hasilkan dengan konsep yang sangat selesa dan tahan lama. Jangan risau tentang gaya, sememangnya MediFeet dapat memenuhi gaya orang muda dan orang tua.

 MediFeet - Medical Health Shoe Solutions adalah rekaan yang diterima oleh American Podiatric Medical Association. Ianya mempunyai Coolmax Insole Lining yang membuatkan kaki anda sentiasa kering ketika memakainya. Tiada langsung rasa basah atau lembab pada kaki.

Coolmax sangat lembut, kaki sentiasa kering, fabrik yang cepat kering dan ringan.



Bukan sahaja kasut wanita yang ada, malahan untuk lelaki juga ada. Kasut yang dihasilkan ini mempunyai daya tahan daripada air, anti shock, wide toe box dan juga PORON. Kalau nak tahu PORON berfungsi untuk meresap berat tubuh badan ketika berdiri atau berjalan.

Kasut MediFeet juga diperincikan dengan ReBounce Cushioning Insole. Istimewa direka khas dengan material dan cellular yang dilapisi Poron. ReBounce mampu membantu memberikan keselesaan dalam jangka masa yang panjang dan berasa seperti berjalan di atas tilam. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kaki dan kontur kasut yang dihasilkan sangat selesa.




Memang masa nak memilih hari tu kolin rambang mata sangat. Sebab kebanyakkan kasut yang ada di MediFeet ini sesuai untuk digayakan ke mana sahaja. Kasut MediFeet ini juga menyerap hentakan pada kaki untuk melindungi kaki kita dari kesan hentakan. Memang sesuai sangat untuk kolin yang sentiasa ke sana sini untuk kerja dan ke event kan.



akhirnya kasut merah dan kuning ini menarik hati kolin. Kedua-dua kasut ini sememangnya sesuai untuk kolin. Lagi pula pembantu kedai di sini mengatakan kasut yang kolin pilih ini sesuai untuk bercuti. 
Waahh..ke Lombok lah kita tahun depan ye. Sesuai kan untuk berjalan banyak.


Happy giler dapat pakai kasut kuning ini tau. Dan kolin memang dah try kasut MediFeet ini. Hasilnya memang memberangsangkan. Selalu pegi event kan berdiri lama untuk mengambil gambar, tapi langsung tak rasa letih kat tumit kaki macam selalu. Kasut MediFeet ini bukan sahaja sesuai untuk golongan yang berumur, malah untuk golongan muda yang ingin menjaga kaki.


MediFeet juga ada menjual selipar untuk dipakai di dalam rumah, stokin dan heal guard untuk orang yang mempunyai masalah kaki kecil sebelah.  Memang kolin recommend sangat kepada semua yang ada mak atau ayah yang mempunyai masalah lutut beli kasut dari MediFeet. Selepas kolin dah dapatkan satu, lepas ini for sure kolin akan dapatkan untuk mama. Sebab terbukti menjaga kaki, lagi satu tak licin langsung. Memang untuk wanita mengandung tak perlu risau memakai kasut ini.



Untuk lebih maklumat, boleh ke FB mereka Medifeet 
Jangan lupa dapatkan kasut dari MediFeet anda sekarang untuk penjagaan kaki yang lebih optimum.


Tengok pada kasut yang kolin pakai, lawa kan. Kuning memang favourite kolin dari sejak sekolah lagi. Terima kasih MediFeet sebab hasilkan kasut yang sangat selesa untuk kolin kemana sahaja semasa hujung minggu. Memang best sangat pakai kasut ini! Kolin bagi 5 sebab kasut ini best.

1. Tak bepeluh
2. Jalan lama-lama tak sakit tumit, kaki, lutut
3. Sangat ringan dan selesa
4. Rekaan yang cantik dengan warna yang menarik
5. Kaki tak rasa penat langsung bila berjalan banyak dan lama

Jangan tunggu lagi, dapatkan Medifeet sekarang!

Love,

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you