Tuesday, August 4, 2015

homestay di Temerloh

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ada kenduri kat temerloh, Pahang. Kalau dah beramai ramai memang kolin mencari homestay untuk bermalam. Pilihan homestay kali ini di Taman Semantan Indah, Temerloh.


Memang terbaik homestay ini. Kemas, bersih, selesa dan rasa macam di rumah sendiri. Dekorasi yang minimal dengan fasiliti yang ada memang A kelas.





Rumah Teres dua tingkat ini memang tak susah nak cari lokasi. Dekat sangat dengan tol temerloh dan jalan besar. Harga pula ikut lah perbincangan bersama tuan rumah. Sebab ada diskaun kalau menginap lebih sehari.



INI  bahagian ruang tamu dah ruang makan yang luas


Bilik utama yang besar dan selesa. Buat makluman korang semua bilik ada air cond dan kipas. So memang tidu lena. Siap ada tilam dan bantal extra tau.


Toilet ada 3, memang tak berebut lah
bersiap ke kenduri senang aje


Iron baju pun ada. Kolin tak payah nak berangkut seterika dari rumah.


Dapur luas dan bersih.


Bilik yg ada tv di tingkat atas. Sejadah dan kiblat pun di beritahu. Senang!



Sesiapa yang ada kenduri atau melancong beramai-ramai memang sesuai.
jangan lupa telefon tuan rumah homestay ye.

memang terbaik!

love,

kolin zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you