Sunday, August 30, 2015

Event: Program ‘Voluntourism Puspanita IM4U @ Pantai Bagan Lalang’ Sepang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan 'Voluntourism Puspanita IM4U  @ Pantai Bagan Lalang pada 22 Ogos 2015, Sabtu lalu 
di Pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor.

Program ini merupakan salah satu program di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau 'National Blue Ocean Strategy (NBOS) dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan, NGO dan swasta. Penyertaan program kali ini melibatkan beberapa pihak termasuklah pihak PUSPANITA, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta agensi-agensi di bawahnya IM4U, Majlis Bandaraya Sepang, Persatuan Homestay Selangor, Sepang Goldcoast Sdn Bhd serta para sukarelawan pelancongan (Voluntourism) yang terdiri daripada para pelajar dari Institut Pengajian Awam dan Swasta.

Aktiviti  yang dijalankan sepanjang hari tersebut termasuklah aktiviti ZUMBA, lawatan ke perpustakaan bergerak, booth pameran dan tapak gotong-royong masakan di tapak acara. 

VVIP yang telah hadir sama ke majlis ini iaitu YBhg Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan telah berbesar hati melawat aktiviti Voluntutoring (tapak acara di Avani Sepang Gold Coast), Aktiviti 1Malaysia Culture and Heritage (tapak acara), Aktiviti 1Malaysia Event (tapak acara) dan Aktiviti 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (pesisir pantai bagan lalang). 

Selain itu juga lawatan ke perpustakaan desa juga di adakan. Mengecat dan mengemas turut dijalankan sekali di sini. Program yang mendapat sambutan hangat dari pihak penduduk sekitar dan media ini tentunya membawa kesan baik dan positif untuk jangka masa yang akan datang.

kredit gambar kepada http://www.wom.my

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you