Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Say YES Campaign by Friso

assalammualaikum

Kerap kali kita bercakap TIDAK kepada anak-anak jika mereka ingin berbuat sesuatu. Sebab apa, sebab kita takut sesuatu yang tidak baik berlaku pada mereka. Seperti main hujan, main tanah, berlari di atas rumput tidak memakai kasut. Semua ini kita tegah sebab takut sesuatu yang buruk bakal terjadi. Akan tetapi dalam tidak kita sedar, kita telah menyekat keinginan mereka ingin belajar. Dengan menyahut kempen dari Friso kolin pun cakap YES kepada ali imran dan ali maisara untuk bermain warna air. 


Kolin bukan takut sangat nak bagi anak-anak bermain warna air atau water colour ini. Cuma kolin takut kekotoran itu akan tersumbat dalam kuku mereka dan belum tiba masanya lagi. Kali ini kolin bawa mereka ke taman agar mereka boleh berkarya sambil belajar.


Ketika ini kolin galakkan mereka mengunakan daun, batang kayu, batu atau apa sahaja yang kami boleh dapat di sekitar taman permainan di rumah kami.


Masa ini masih kekok tangan kedua-dua anak ini mengunakan berus dan warna air. Masing-masing takut kotor dan mula lap di kain dan baju. Kolin cuba tidak mengeluarkan apa-apa arahan dan biarkan mereka bermain dengan jayanya. Rasanya memang berjaya sebab mereka berdua happy sangat.


Dah pandai cari daun, warna dan mula tekap pada kertas yang ada.
Kolin happy sebab kali ini, dapat berkata YES untuk aktiviti luar mereka.


Jadi kepada semua ibubapa yang selalu takut apabila anak-anak kita bermula main di luar dan 'get some dirty'. Jangan panic dan biarkan mereka meneroka dunia mereka. Memang kolin dapat rasakan dengan aktiviti seperti ini, kolin lebih memahami kehendak anak-anak kolin. Kualiti masa kami bersama ini memang tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.


 Semoga kempen seperti ini berterusan dan kasih sayang terhadap anak-anak lebih erat dapat dijalinkan.



Love,

Kolin Zainal

khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh Friso

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you