Monday, July 13, 2015

Perkhidmatan KL ke Perlis dengan KTM

Assalammualaikum

Kolin happy sangat sebab perkhidmatan ini telah pun dilancarkan.
Mudah lah lepas ini kalau kita nak shopping atau balik kampung kan.
Perkhidmatan hebat dari KTMB ini sudah tentu memberi manafaat kepada semua pengguna dan juga pelancong luar negara atau tempatan. Tak sabar kolin nak try weii


Perjalanan ke Padang Besar mengambil masa 8-9 jam kalau naik bas atau kereta. Tetapi dengan Keretapi Elektrik ETS Gold ini masa perjalanan mampu di pendekkan kepada 4-5 jam. Memang berbaloi dan yang paling penting keselesaan penumpang. Kolin penah share kan pasal perkhidmatan keretapi ke pelusuk bandar Indonesia. Siap dengan pramugari dan layanan mesra sepanjang perjalanan. KTMB juga ada tau!


Kolin pasti dengan perkhidmatan kelas 5 bintang ini pasti memenuhi semua. Ini merupakan salah satu alternatif bagi yang nak balik kampung beraya juga kan. Nak melancong ke Danok atau Hatyai juga dapat menjimatkan masa. Tambang yang dikenakan untuk satu perjalanan ialah RM81 untuk seorang. 


Waktu perjalanan juga ada disediakan. Kolin memang teringin nak try perkhidmatan ini. Kolin pernah cuba 3 jam perjalanan dari Jakarta ke bandung. Now tak sabar nak cuba di negara sendiri manalah tau lebih selesa dan seronok melihat pemandangan sekitar desa..cewwahh

So jangan tak cuba OK, rugi rasanya tak try pengangkutan terbaru ini. Boleh makan sedap-sedap di Padang Besar dan balik hari kan hihih. Jom pergi Perlis!!!

Love

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you