Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Menu berbuka #20ramadan

assalammualaikum

Haa...poyo sangat tajuk entri kolin kali ini kan. Maklumlah kolin ini working mother, kerja di Shah Alam dan rumah di Jinjang Kuala Lumpur. Berulang balik di bulan ramadan yang mulia ini sememangnya satu cabaran yang amat getir buat kolin. Apa lagi anak-anak yang mulai berpuasa sudah tentu mengharapkan hidangan air tangan seorang ibu di atas meja kan. Tapi kalau jalan tak sesak dan kolin sampai awal sudah tentu mummy belanja tau. Jangan cakap mummy tak payung ye!

Serba ringkas menu kolin untuk hari ini ialah sambal ikan bilis petai. Ikan bilis yang ada semua besar-besar, tak sempat nak ke pasar malam beli yang elok. Tapi jadi lah, menu killer tau bulan puasa sambal bilis ini. Tambah pula petai yang sedap dari hulu langat. Alamak aii...memang bertambah nasi tau. Nak padankan dengan sambal ini kolin pun goreng ikan selar kecik-kecik tu garing. Sedap ler pulak nasi panas kan.


Dah siap itu, kolin ada beli buah ferla pear dari MBG. Katanya dari South Africa, teringin pula nak makan buah import kali ini heheh. Maklumlah feeling kaya RM2 tau sebiji buah ini. Bukan riak tau, ni saja bagitau kut-kut ada yang teringin. Boleh beli buah ini di MBG Plaza Alam Sentral ok. Air berbuka hari ini pula di taja oleh Mr. Suami. Dia pakar buat air, so air tembikai sedap menjadi hidangan kami berbuka hari ini. Memang puas minum air yang diblender sendiri ini. Bubuh sedikit gula sebab manis buah dah ada. Syiok!


Tapi yang lebih istimewa kolin buat kuih haaa. Terkejut tak? Popiah filamen ketam, sangat mudah sebab tak sampai RM10 pun modal kolin. Tapi sedap dan habis di makan. Tak lah membazir kan. Mula-mula kita rebus filamen ketam yang dibeli siap.


Selepas itu, keluarkan filamen ketam dari plastik. Buka kulit popiah dan siat satu persatu untuk balut filamen.


Selepas itu ulang sahaja proses tersebut sehingga habis filamen yang dah direbus tadi. Yang ini kolin kesuntukkan masa. Kalau rajin boleh bubuh daun salad dan sapu mayonis sikit. Memang anak-anak suka sangat makan popiah filamen ketam ini lagi lah kalau di cicah dengan sos kan.


Haa mudah tak kuih popiah filamen ketam kolin. Jangan lupa cuba ok.
Dah siap pun menu berbuka buat keluarga kecil kolin, Tak perlu bermewah tapi sedap dan yang paling penting bulan ramadan ini kami dapat dinner bersama-sama setiap hari tau. Besar hikmah buat kolin! Jom Berbuka


Love, 

Kolin Zainal



2 comments:

loving me..loving you