Thursday, July 2, 2015

Berbuka Puasa Di Armada Hotel Petaling Jaya

assalammualaikum

Dah berpuasa 15 hari kan kita, dah hujung-hujung ni memang korang semua suka berbuka kat luar kan. Jom kita review apa ada di buffet ramadan Armada Hotel Petaling Jaya. Harga untuk buffet ramadan di sini ialah RM82 nett seorang dan untuk penempahan boleh hubungi nombor telefon seperti di bawah

Armada Petaling Jaya
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel : (603) 7954 6888
Fax : (603) 7956 8088
Email: armada@armada.com.my



Menawarkan buffet ramadan ala Warisan Tradisi Kampung ini sememangnya menu yang sangat terkenal di bulan puasa kan. Utara Cafe menjadi tempat pilihan berbuka kali ini. Jom kita tengok sama-sama antara hidangan utama yang ada di sini. 









Berpinar mata tengok banyak sangat selection kan. Memang seronok berbuka di sini siap ada live band mengiringi sepanjang berbuka. Ruang dan tempat makan juga selesa, jangan risaulah kalau datang ramai-ramai bersama keluarga kan.


Masih sempat lagi nak booking dan berbuka di sini
Jangan lupa try buffet ramadan di Armada Hotel Petaling Jaya ok

sesekali makan hotel #inikanpuasa

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you