Friday, July 3, 2015

bahaya tayang no plat kereta kat media sosial

assalammualaikum

Entri ini kalau ada yang sentap kolin minta maaf lah awal-awalkan. Tapi rasanya kena saling ingat mengingatkan akan kepentingan perkara ini lebih-lebih lagi musim perayaan ini. Ramai penyagak tunggu peluang saja tau nak kenakan kita atas kecuaian kita sendiri. 

Ramai sangat tangkap gambar kereta kan. Maklumlah kereta mahal 100k ke atas, BMW MERZ VIOS LANCER PAJERO PROTON PERODUA HONDA dan sebagainya.
semua nak tunjuk lambang kereta mahal kan! Kolin faham susah nak beli kereta tu so memang kalau dapat tayang dalam media sosial syok bukan. Bagi orang tengok dan rasa bangga orang tau kita berkereta mahal.

Tapi pernah tak kita terfikir akan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Sebagai contoh kisah kereta Triton melenyek basikal seorang budak lelaki. Hanya dengan NO PLAT kenderaan Triton tersebut habis semua informasi mengenai tuan punya kenderaan keluar. Bayangkan saman berapa banyak, nama penuh, no IC dan alamat rumah siap semua terbongkar. Ngeri tak?!


gambar kredit google

Buat semua pemilik kenderaan yang tayang no plat di laman sosial, bayangkanlah kalau ada penjenayah yang bijak tahu alamat rumah anda. Bayangkanlah apa yang bakal terjadi.

Kolin harap kita beringat sebelum terkena, Adegan tayangan kereta mahal dengan no plat di laman sosial patut di teliti. Sebelum upload fikirlah kembali risiko yang bakal kita hadapi.

Apa-apa pun kereta masing-masing dan hak masing masing, kolin sekadar mengingatkan agar kita bersama mencegah dari jenayah terjadi ke atas kita dan keluarga. 

Renungkan dan selamat beramal

Love 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you