Monday, June 8, 2015

throwback: Pasar Malam di Brinchang

Di musim cuti sekolah ini kolin tahu ramai yang pergi Cameron Highland kan. Semalam kak ipar kolin call dan cakap sesak sangat jalan turun dari Cameron ke Simpang Pulai, Perak. Adat lah kan cuti sekolah dan sebelum menjelang Ramadhan memang semua pergi bercuti. 

Kali ini kolin nak kongsi apa yang ada di Pasar Malam Brinchang untuk sesiapa yang akan bercuti ke sana ok. Kalau kolin ke Cameron Highlands memang makanan lah yang jadi perhatian. Sebab sejuk dan mudah lapar hihi, tahu-tahu sampai KL dah naik berkilo-kilo..nangis beb.


Perkara pertama yang korang boleh cuba ialah Strawberry. Ada yang boleh celup coklat, ada yang jadi aiskrim, ada yang kering, ada juga jem. So pilih sahaja apa yang korang suka dan beli. Kolin paling suka beli jem strawberry yang ada masih ada buah dia. Kasar-kasar tu, bila sapu kat roti untuk sarapan bersama teh hijau memang menyelerakan tau.


Perkara kedua yang boleh dicuba adalah gorengan tepung yang ada di sini. Segala macam sayuran dan cendawan digoreng tepung ok. Pendek kata pilih saja apa suka, brokoli pun ada. Sedap sangat bila digoreng tu, rasa manis.


Perkara ketiga yang boleh dibeli adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Nasihat kolin jangan overspend. Sebab masa kita kat sini memang semua nampak murah dan segar. Tapi bila dah bawak balik baru terasa yang kita terlebih beli. Beli ala kadar melainkan ada tempahan dari kawan atau jiran-jiran lah. Atau kita niat nak belanja sayur kat kawan pun takpe. Tapi memang selalu aku pun overspend hahahha


Perkara ke empat korang beli boleh  membeli pokok untuk dibawa pulang. Ada berbagai jenis tanaman ikut suka kita lah. Kalau malas siram boleh beli pokok kaktus. Senang dibela 




Siapa yang suka makan jagung dan keledek rebus pun boleh lepas gian kat sini. Di sini banyak sangat penjual yang menyediakan juadah itu. Pendek kata, memang tak sempat nak lapar kalau membeli makanan di pasar malam brinchang ini.


Kepada korang yang masih belum menjejakkan kaki ke Cameron Highland, jangan lupa serbu pasar malam brinchang ye. Cuma tak best pergi time cuti sebab penuh sesak dan tetiba harga makanan dan barang jadi mahal. Biasalah destinasi terkenal kan...

Live your life, be happy as life to short to be sad


Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you