Friday, June 5, 2015

Review: Selepas sebulan mengunakan BELIF ~ Believe in Truth

assalammualaikum

Macam tak percaya selepas pengunaan produk BELIF the true cream iaitu AQUA BOMB dan MOITURIZING BOMB ini menghasilkan hasil yang positip sangat pada kulit muka kolin. Kulit yang kasar pun dah menjadi lebih lembut sekarang. Terima kasih kepada The Butterfly Project- Beauty Bloggers (#butterflymsia) yang beri kolin peluang untuk merasai kehebatan produk BELIF.


1. BELIF - The True Cream Aqua Bomb RM155/50ml


Krim ini mampu mengatasi masalah kekeringan kulit yang kolin hadapi kerana selalu berada di dalam berhawa dingin. Dengan nasihat pakar kecantikan BELIF kolin sapu krim ini setiap pagi sebelum keluar ke tempat kerja. Tidak berminyak langsung, ringan dan senang kering untuk mula bersolek. 

2. BELIF - The True Cream Moisturizing Bomb RM155/50ml


Yang ini pula Moisturizing Bomb, atas nasihat pakar kecantikan BELIF kolin sapu setiap malam sebelum masuk tidur. Maklumlah usia menganjak ke 30 an ini memang kulit muka sensitif dan senang naik jeragat. Tapi ternyata pengunaan kedua-dua krim ini mampu mengatasi masalah kekeringan dan kekusaman kulit. 

Pada mereka yang masih menghadapi masalah kulit kering, tidak sekata dan kulit kasar. Kolin cadangkan korang cuba kedua-dua krim ini. Lagi pulak Syawal hampir tiba nanti kan, siapa yang tak nak tampil segar dan cantik di pagi Syawal kan.

Mudah sahaja untuk mendapatkan krim yang hebat ini. Anda cuma perlu ke BELIF Skincare Store di Sunway Pyramid. Buat makluman, krim ini baru dilancarkan di Malaysia pada May 2015 dan amat terkenal di Korea. Percaya lah, krim ini dapat membantu menyegarkan kembali wajah anda.

Untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari www.belif.com.my 
Belum cuba belum tahu kan...

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you