Thursday, June 18, 2015

Mencari Sinar Untuk Adik Dalili

 Assalammualaikum

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada kata yang dapat kolin gambarkan apabila membaca akhbar Sinar Harian yang bertarikh 17 Jun 2015 ini. Meruntun hati seorang ibu yang mencari wang sejumlah RM300,000.00 bagi anak kesayangan kembali sembuh. 

Adik Dalili atau nama sebenar Nur Syafikah mengalami penyakit biliary atresia iaitu kegagalan fungsi hati. Menurut ibu adik dalili, Zalina Abdul Rahim pembedahan perlu cepat dilakukan kerana takut anaknya tidak mampu bertahan melawan serangan penyakitnya.


Kolin mohon bantuan semua orang di bulan baik ini, agar dapat kita membantu adik kecil ini. Di dalam usia dua tahun, sakitnya itu tak tertanggung rasanya.

Moga dipanjangkan umur adik Dalili dan kembali sembuh seperti sediakala. Kepada yang ingin menyumbang sila lah salurkan ke dalam akaun 

RHB 21259000011319 
Mohd Razali Samsudin dan Zalina Abdul Rahim


Ibu bapa adik Dalili juga boleh di hubungi di talian 012-6681849. Semoga dipermudahkan buat keluarga ini.

Salam Ramadhan

Love, 

Kolin Zainal

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you