Tuesday, June 23, 2015

Makan Ayam ala Korea di Pelicana Chicken

Untuk acara makan kali ini, kolin telah dijemput oleh Tommy Tong untuk merasa ayam goreng ala Korea yang disediakan oleh Pelicana Chicken yang berada di Level 1 di  eCurve   (sebelah to IKEA) 
( Lot 1-43, Mutiara Damansara, Petaling Jaya) Tel: 03-7732 0087


Buat makluman, restoran ini memang dah banyak di Malaysia. Bagi peminat filem Korea korang mesti perasan Pelicana Chicken ini di dalam drama "My Love From The Stars"
Kalau tak perasan sila tengok gambar di bawah, nampak takkk ... 
memang glamor tau Pelicana Chicken ini


Di Pelicana Chicken, eCurve menyajikan berbagai sajian ayam goreng dari yang tidak pedas kepada yang sangat pedas. Terpulang kepada kita nak makan yang mana satu. Jom kita tengok satu-satu ayam ala Korea yang ada di sini. Mesti lepas ini korang terliur

 Peli Crunchy Chicken yang didatangkan bersama sos khas untuk dimakan bersama. Ayam goreng garing ini disediakan tidak pedas dan memang menepati selera anak-anak

Yang ini Peli YangNyeom Chicken Original. Ayam goreng dimasak style Korea yang
 mengunakan sos yang istimewa.

Yang ini pula Peli YangNyeom Chicken Spring Onion ada rasa pedas wasabi sedikit

Peli YangNyeom Chicken Charcoal BBQ agak pedas tapi pada tahap minimum

Ini lah Peli YangNyeom Chicken Hot Spicy. Sangat pedas tapi kolin rasa orang Malaysia memang suka pedas sebegini kut. Ingatkan ramai yang takut makan. Tapi sangkaan meleset, habis!!! Tinggal tulang sahaja



Ada Nasi Wangi dan 2 side iaitu Miyeok Muchim dan Musaengchae iaitu sayur-sayuran jeruk yang boleh kita pesan untuk makan bersama ayam ala korea yang ada di sini.


Pelicana Chicken yang terkenal menyajikan makanan Korea's Best Gourment Fried Chicken juga ada menyediakan burger bagi peminatnya. Biggie Drum Burger yang berharga RM13.20 ini yang patut kita cuba. Ada juga pilihan yang lain iaitu Two-two Burder, Peli Jumbo Fillet Burger, Peli D' Fish Burger, Peli D' Fish Spicy Burger dan Peli Classic Chicken Burger.

 
Buat minuman pula kolin cadangan pilihan dari Mocktails Series iaitu Maracuja Pineapples, Passion Fruit Peach, Forest Maracuja, Apple Maracuja dan Apple Rose semuanya berharga 
RM8.50 setiap satu.

 
Bagi yang mahu berbuka puasa juga ada disediakan Ramadhan Platter yang memberi penjimatan sebanyak 33% untuk setiap set bagi 4 orang ataupun 6 orang. Memang untung sangat berbuka di sini sebab  Ramadan Platters yang disediakan merangkumi semua hidangan di Pelicana Chicken. Semua kita dapat cuba dan rasa tak perlu nak order ala carte dah.



 Tidak ketinggalan juga pencuci mulut yang sangat sedap iaitu Affogato Solo. Aiskrim dan kopi memang sangat sesuai untuk mengakhiri makan malam di Pelicana Chicken.


Jadi jangan lupa bawa kawan-kawan dan keluarga makan di sini ok. Buat sesiapa yang belum pernah makan ayam goreng ala korea di sinilah tempatnya. Menyediakan Korea's Best Gourment Fried Chicken pasti menjanjikan pengalaman makanan Korea yang terbaik buat anda.


jangan lupa hashtag mereka di #pelicanamy di Facebook dan Instagram ye.

 Love, 

Kolin Zainal

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan untuk Pelicana Chicken





 





25 comments:

  1. Bulan puasa tengok ayam goreng gini. Menduga keimanan. Hahahah. Nak cubalah nanti!

    -Ruby.my

    ReplyDelete
  2. Bulan puasa tengok ayam goreng gini. Menduga keimanan. Hahahah. Nak cubalah nanti!

    -Ruby.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kak ruby,

      jangan lupa cuba yang hot spicy tu tau!!!

      Delete
  3. Thanks Kolin for featuring
    Hope you all enjoy the spiciest chicken in Msia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi tommy

      thk you for the opportunity!!!

      Delete
  4. Oh, I Love Nasi Wangi Dia lagi!

    ReplyDelete
  5. Ayam goreng Pelicana memang sedap. With the promotions, worth to go for it now

    ReplyDelete
  6. Great chicken great company with kolin!

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. nice knowing you auntie!

      Delete
  8. Sedapnya! Loving the yummy food pictures!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...yummy chicken worth to try!

      Delete
  9. Sedap.. I love their fried chicken very much! very crispy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. my son and dotter like the fried chicken too

      Delete
  10. Hmmm~ Nampak sedap sangat! Pasti kembali untuk lebih lagi!!

    ReplyDelete
  11. sedap menjilat jari dan menitis air mata.... hehehe
    follow me back pls....
    www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha still remember your dotter kak miera..menitis ayaq mata

      done follow!

      thx

      Delete
  12. Yummy..sedapnya! Cantiknya kak Kolin berpose di dalam gambar.:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan memang sedap sangat!!!

      Thk you adik S Yin :)

      Delete

loving me..loving you