Monday, June 22, 2015

Jubah Che Anom dari Kalamgraphy

assalammualaikum semua. Haa mesti yang bakal dapat bonus tu tengah fikir nak beli apa dengan bonus raya yang bakal masuk 25 Jun kan. Yang mana masih mencari-cari jubah yang selesa hendak dipakai di hari raya nanti mesti tertanya-tanya mana boleh kita beli. Nak yang cantik tapi nampak meletops di pagi raya kan.

Nak jubah yang longgar dan selesa pun iye jugak kan. Sebab nak makan banyak masa beraya nanti, takut kalau pakai baju yang sempit terus ketat macam balut nangka pulak nampak. Dah tentu menu yang bakal kita makan semua hebat-hebat. Maklumlah raya setahun sekali, segala bentuk rendang kita belasah makan.

Buat semua, kali ini kolin kongsikan rekaan Jubah Che Anom dari Kalamgraphy. Warna yang ceria dan memang direka longgar sesuai untuk Muslimah menjanjikan kelainan di Aidilfitri nanti. Jom ramai-ramai kita tengok gambar yang telah disediakan. Kolin cop yang warna kuning tu hihihihi..
Nanti raya kolin snap pic siap #ootd #jubahcheanom..ko mampu!



Kain yang digunakan tebal dan tidak mengikut bentuk badan. Dan lihat sendiri, model juga berbadan besar macam kolin kan. So memang muat dan cukup labuh. Lagi pulak warna-warna yang disuai padan ini memenuhi citarasa kan. Pink dan baby blue, light yellow dengan peach, deep purple dengan orange..pasti nampak anggun bukan. Lebih-lebih kita gayakan di pagi syawal pergi bersolat hari raya bersama keluarga tersayang. Jubah Che Anom dari Kalamgraphy ini dibawakan dengan dua saiz M dan L.





Harga untuk sepasang jubah anggun ini hanya RM169.00 sahaja. Kain tebal, longgar, tidak mengikut bentuk badan dan yang paling penting tidak jarang. 

Umtuk maklumat lebih lanjut, boleh lah Whatsapp di 017-2324574 atau 019-3046289
ataupun LIKE FB page mereka di www.facebook.com/kalamgraphy lihat sahaja album Jubah Che Anom yang mereka hasilkan. Buat yang suka bergambar juga, boleh lah mengunakan 
khidmat photographer ini. 

Boleh pakai baju raya ramai-ramai dan kita photoshot di taman kan. Buat semua jangan lupa dapatkan Jubah Che Anom segera sebelum kehabisan. 

Love,

Kolin Zainal



 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you