Friday, June 12, 2015

Food: Nostalgia Juadah Ramadhan Bintang Lagenda di Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur

Masih tercari-cari kat mana kita boleh berbuka puasa Ramadhan nanti? Kolin cadangkan ke Hotel Dorsett Regency, Kuala Lumpur. Hotel yang terletak di tengah ibu negara ini menjanjikan Buffet Ramadhan bertemakan Nostalgia Juadah Ramadhan Bintang Lagenda.


Menjadikan citarasa Bintang Lagenda Tan Sri P. Ramlee sebagai inspirasi buffet ramadhan kali ini, banyak hidangan yang diketengahkan adalah kegemaran beliau. Antara yang ada, Kambing Panggang Style Kuzi, Gulai Kawah Sotong Sumbat, Burung Puyuh Percik, Ayam goreng, Serawa Durian Pulut dan berbagai lagi.

kambing panggang style kuzi

gulai kawah sotong sumbat

nasi kerabu

Buffet ramadhan yang ada di Checkers Cafe, Hotel Dorsett Regency ini menawarkan banyak sangat hidangan. Sampai tak tahu nak pilih nak makan yang mana satu. Timur ada, Barat ada, Utara ada, Selatan ada, sushi pun ada. Memang kalau kita bawak sekeluarga tak payah nak risau. Pasti mereka suka sebab semua kegemaran mereka ada di sini. Suasana di Checkers Cafe juga sangat selesa, buat ibubapa yang ada anak kecil tak perlu risau tau.


Jom kita tengok apa yang ada di bahagian tengah buffet ramadhan ini.


Terdapat banyak menu-menu yang memang akan membuka selera kita bila berbuka puasa, di antaranya Gulai Ikan Talang Masin, Udang Goreng Sos Keju, Nasi Kerabu Bunga Talang, Sambal Petai Tempoyak Pucuk Ubi,  Ayam Rempah Rempah Basah, Rebung Masak Lemak dan Daging, Sotong Tumis Jintan, Kari Kepala Ikan Berbendi dan banyak lagi. Tak dapat kolin nak senaraikan satu-satu pelbagai lauk yang ada. Yang pasti kalau berbuka di sini memang menjanjikan satu pengalaman yang menarik.

sushi
 pelbagai jenis salad
berjenis-jenis kerabu
makanan laut, daging, ayam bakar, satay pun ada
seafood yang segar
pelbagai sambal, tempoyak pun ada
ada buah-buahan
banyak sangat pilihan untuk pastries dan kek



Kepada peminat bubur dan kuih-muih memang tak akan menyesal berbuka di sini. Ada Serawa Pisang, Santan Gula Sago, Bubur Cha Cha, Bubur Pulut Hitam malahan kurma pun ada. Segala-galanya tersedia untuk menjadi pilihan buat juadah berbuka puasa nanti.

Untuk bersolat juga senang, cuma perlu naik ke tingkat 2 dari tangga tepi Checkers Cafe sahaja. Di sini surau pun selesa siap telekung disediakan. Tak perlu nak risau kalau berbuka di sini dan solat maghrib tau.
 
Untuk makluman, Checkers Cafe di Hotel Dorsett Regency ini menawarkan harga Early Bird RM70.00 nett sahaja sehingga 17 June ini. Kalau tak beli sekarang memang rugi sebab selepas 18 June 2015, harga buffet ramadhan akan menjadi RM105 nett untuk dewasa dan diskaun 50% untuk kanak-kanak dari 4-12 tahun termasuk juga warga emas.
Buffet ramadhan di Checkers Cafe di sepanjang bulan puasa ini akan mula beroperasi dari 7.00 sehingga 10.30 malam. Harga semua pun dah termasuk GST. Murah kan! Untuk pertanyaan lanjut dan penempahan boleh lah hubungi Checkers Cafe di talian 03-2716 1000 ext. 188.

Nanti boleh lah plan berbuka di sini bersama keluarga dan kawan-kawan ye. Kolin paling suka Ketam Masak Black Pepper, sedap sangat!!! Patut cuba ok...

Love,

Kolin Zainal

khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan untuk Hotel Dorsett Regency, Kuala Lumpur


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you