Monday, June 15, 2015

Ariani Lebaran 2015 Fashion Show di Mandarin Oriental

Tak terlintas langsung yang kolin akan jadi sebahagian dari acara gilang gemilang ini. Niat masuk Instagram contest yang dianjurkan oleh Galeri Ariani membuahkan kemenangan. Seramai 30 pemenang Instagram dipilih untuk menghadiri Ariani Lebaran 2015 Fashion Show yang dihadiri oleh Tuan Permasuri Agung. Kolin memang tunggu sangat nak berjumpa dengan Tuan Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah.


 Kolin sampai sahaja di Mandarin Oriental dah nampak banyak sangat kaunter yang dibuka. Ramai sangat petugas Ariani berpakaian hitam membantu. So memang tak sesat. Dah selesai register kolin di hantar masuk ke dalam untuk mengambil tempat. Agak kecewa sebab duduk belakang sekali lerrr...tapi oklah daripada takde. Maklumlah kali ini pergi bukan sebagai blogger tapi sebagai winner.


gambar kat depan photo booth semua gelap-gelap, tapi takpelah janji ada kan. Memang ramai sangai VVIP dan VIP yang hadir sama pada hari itu. Artis pun ramai ada diana danielle, rozita che wan, noniswara, faradhiya dan ramai lagi. Cuma kolin tak sempat nak tunggu sampai artis semua keluar sebab nak kejar masa. Tahulah area Mandarin Oriental tu terkenal dengan kesesakkan lalu lintas.

Bertemakan Morrocco, semua hiasan pada hari itu memang sangat cantik. Setting table pun sangat menarik, lagi best goody bag kami ada di atas setiap kerusi. Seronok wei!! 





Beginilah keadaan di dalam hall yang telah dihias rapi. Habis gambar semua jadi merah oren kan. Maklumlah lighting yang ada tidak dapat menandingi kamera handphone yang ada. 

Disamping itu kolin sempat berkenalan dengan rakan-rakan baru, semoga kami akan berjumpa lagi ye kak laila, kak zai, amy dan masni. Sorry lah kalau kolin terkasar bahasa sepanjang kita duduk bersama petang tu. Yang penting memang kami asyik ketawa saja.




Beginilah keadaan semasa Tuan Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah sampai, penuh protokol penuh istiadat. Seronoknya kolin dapat menyaksikan semua ini, terima kasih Ariani. Moga dapat berkerjasama lagi sebagai blogger di masa akan datang.

Dah selesai semua ucapan, acara pun bermula. Kami dihidangkan dengan menu Hi Tea yang super sedap!






Dah selesai makan beramai-ramai fashion show pun terus berlangsung. Siap gimik model keluar pakai jubah berhud labuh. Lepas dah buka, memang berkelip kelip batu swasroski yang ada di tudung tu. Mulut ngangga kejap tengok bling-bling tu dari jauh.



Selesai sesi pertama, dessert pun dihidangkan. Yummy!!


Sebelum sesi kedua bersambung, penyanyi terkenal Kun Anta (be yourself) mendendangkan lagu. I love you Humood. Lagu tu membuatkan kolin nak belajar sangat bahasa arab lepas ini. Suara sedap, makan sedap, apa lagi yang nak komplen. Thank you Ariani untuk surprise ini! kolin dapat tengok LIVE


Dan yang paling best door gift dari Ariani. Best giler..



satu sifon shawl, satu instant shawl terbaru dari Che Ta dan satu comfort ultra yang wangi.
Happy kolin. 

Tahun depan jangan lupa buat contest lagi ye Ariani, boleh lah kolin join.

Love,

Kolin Zainal

4 comments:

  1. great experience and love the Moroccan concept. tak payah beli tudung raya dah hhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa betul! tak payah nak shopping tudung raya dah.
      Siap bagi pewangi tudung lagi.

      Delete
  2. Saya berminat dengan fesyen apatah lg banyak baju yg mengelip2 terutamanya menjelang lebaran.satay tu nmpk awesome..

    ReplyDelete

loving me..loving you