Sunday, June 14, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah di Kidzania Kuala Lumpur

assalammualaikum

Bersempena cuti sekolah kolin dah berjanji nak bawak anak-anak merasai pengalaman di Kidzania. Hari yang di tunggu pun tiba kami sampai di Kidzania seawal 9 pagi sebab try nak beli tiket online asyik lah tak lepas kan. Bila call customer service KidZania mereka nasihatkan kolin walk in dan jangan lupa bawa bil Astro untuk penjimatan tiket sebanyak 25%. Wah..lumayan betul diskaun yang ditawarkan.



Kami adalah orang pertama beratur kat kaunter tu. Best giler tak payah nak beratur panjang-panjang. Kami bangun seawal 6.00 pagi bersiap, sarapan dan terus ke Mutiara Damansara. Berbaloi!!



Ini lah harga tiket yang kolin perlu bayar apabila bawa bil astro untuk diskaun. Dari RM180 yang sepatutnya dibayar cuma RM141.00 sahaja untuk seorang dewasa dan 2 kanak-kanak. 


Dah bersiap segalanya kami terus naik ke atas dan masa untuk ber KIDZANIA. Mula-mula alisa maisara dan ali imran tukar duit dahulu. Kunun cari modal kan


Tempat pertama yang alisa dan imran cuba ialah jadi Pilot. Jom ke Air Asia Traning Centre. Mereka dapat feel jadi jadi pilot kat sini. Bagus betul untuk menjana cita-cita untuk anak-anak kan.


Selesai di sini mereka masuk bekerja di Dell pula. Siap dapat gaji!! Kita yang tengok ini pun naik syok!



Bila dah ada duit tibalah masa nak berbelanja, tempat yang alisa tuju ialah saloon. Imran pula ke Cadbury dan Oreo Factory. Saloon bayar KZ6 dan untuk aktiviti Cadbury dan Oreo KZ10.


Siap pakai pengilat kuku oiii...sentap!


Memang seronok berada di Kidzania. Sesi yang kolin ambil 10.00 pagi sehingga 3.00 petang. Maklumlah cuti sekolah memang ramai lah kan. Barisan pun agak panjang hari tu, banyak alisa dan imran tak dapat masuk. Memang kena datang lagi ler.



Ada buat kraftangan, jadi hakim, jadi posmen, wartawan, photographer. Siap jadi pegawai LHDN pun boleh.



Memang dunia Kidzania ini seronok buat anak-anak. Buat anak 8 tahun ke atas kita tak perlu pun tunggu dan ikut sama. So bole drop off mereka di Kidzania, parent pergi dating. Wahhhh..hebat tak plan kolin haha


Semoga anak-anak seronok lah kan. Kepada semua parents, sila lah berkunjung ke Kidzania. Memang menjanjikan satu pengalaman yang hebat. Kolin memang suka sangat, cuma bab makan agak extra charge bagi kolin. Mungkin boleh baiki sikit dan berpatutan dengan harga kan.

Love,

Kolin Zainal

1 comment:

  1. hai. aida landing sini time google pasal kidzania.
    selasa depan nak bw anak2 in shaa Allah.
    tq for the tips ekk...

    ReplyDelete

loving me..loving you