Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Berbuka puasa di Tropicana Golf Resort

assalammualaikum

Kali ni kolin bersiaran dari Tropicana Golf Resort yang terletak di Petaling Jaya. Jika hendak ke sana mudah sahaja kalau ikut dari Kota Damansara. Tempat ini sangat cantik sebab landskap golf rasa kolin. Memang bertuah dapat berbuka di sini. Kami sampai agak lambat dan parking jauh, tapi best sebab dapat naik buggy.


Di sini siap ada life band yang mendendangkan lagu-lagu rakyat sambil kita bersantap tau. Memang ramai sangat pada hari kolin pergi tu. Meja sampai ke belakang sana sampai boleh tengok orang main golf



ini suasana di dalam restoran di hadapan ada aircond, lawa sangat dekorasi di dalam ini


Akibat ketamakkan yang super, kami yang berbuka seramai 10 orang ini sebat segala yang ada hahaha
Ada sate, ada kambing golek, nasi arab, rendang daging dan ayam, ABC, nasi briyani, bubur, goreng-goreng, ayam, ikan dan udang BBQ pun ada. Memang banyak sangat seleksi makanan di sini. Padan dengan harga yang ditawarkan RM82 nett untuk dewasa dan RM45 nett untuk kanak-kanak.


siap masak apam balik panas-panas tu. Paling best kami makan ala-ala steambot kat sini. Banyak makanan laut yang fresh disediakan. Memang kami bergembira sambil berbuka di sini. Surau juga ada disediakan, lepas berbuka dan bersolat boleh lah sambung makan sampai 9.30 malam 


nampak tak muka gembira kami berbuka di sini. Sedap dan banyak pilihan di sini. Yang penting kami dapat pusing-pusing macam ronda pasar malam memilih juadah yang hendak kami cuba. Tapi kolin suka sangat rendang yang disediakan. Sedap betul!


haa ini lah bahan-bahan nak sediakan sup gearbox, tapi punyalah ramai kolin tak sempat nak tangkap gambar makanan sebelum hahahha. Yang sesudah memang banyak! Tapi korang perlu pergi cuba berbuka di Tropicana Golf Club ok.






Dah siap makan kambing pun dah tinggal tulang aje tu, kami pun beransur pulang. Sebelum balik kami semua jatuh cinta dengan lampu-lampu dan dekorasi yang ada di hadapan club house ini. Adoi lawanya...tak posing memang rugilah kan.



Dah kenyang kami pun naik lah sekali lagi buggy sebab dah tak larat jalan wei
jauh jugak kalau nak berjalan tu.


Sesiapa yang hendak berbuka di sini boleh lah ke http://www.tropicanagolf.com/ atau call 03-78048888 untuk membuat tempahan 29 malam santapan di Tropicana. Kenangan manis buat kami sekeluarga yang berpeluang berbuka di sini. Lain kali jumpa lagi ok!!!

Love,

Kolin Zainal

Jom beli kasut raya di XES Shoes

assalammualaikum

Korang dan beli kasut raya ke belum? Mana lengkap raya kalau takde kasut baru kan! Mesti dari atas ke bawah semua kena yang baru belaka tau. Kolin setakat ni tudung mau dah 10 helai yang baru. Luar dalam semua nak baru, pendek kata memang kalau hari raya nak yang baru aje kan. 

Kolin nak maklumkan kan uolss yang korang boleh shopping kasut baru nan murah dan cantik di XES. Nak pergi butik dia boleh, online pun boleh tau. Lazada pun ada dah jual kasut XES



Yang warna merah gold tu kolin dah sebat pakai tuk beraya nanti. Lawa dan sangat meletops ok


Ni baru sebahagian daripada koleksi kasut yang ada tau. Bukan kasut untuk wanita sahaja, untuk lelaki pun ada juga. Jangan risau XES Shoes ada semua!

So jangan lupa shopping kasut raya korang di XES Shoes yang berdekatan ok
Yang mana tak sempat tu online sudah! gerenti puas hati...
Jangan lupa like FB Page Xes Shoes ok!



Love, 

Kolin Zainal

kredit gambar kasut pada http://achik-curvylicious.blogspot.com/

manik nak raya

assalammualaikum

sibuk manik kan baju customer. ada yang simple ada yang sarat. pendek kata ini semua rezeki langit ramadan. terima kasih menempah!
#projekmanik2015




Luahan Kasih Julie's bersama anak-anak yatim di Sime Darby Convention Centre

Terima kasih kepada Julie's sebab sudi jemput kolin dan rakan blogger yang lain meraikan Luahan Kasih Julie's. Berbuka puasa dengan anak-anak yatim di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.


Kali ini Julie's telah melancarkan kempen Titipan Luahan Kasih  Ini bagi mengalakkan orang ramai untuk mengembalikan nostalgia mengutus kad raya. Di sepanjang acara ini, istimewanya Julie's akan menghantar semua kad-kad yang telah ditulis dengan lengkap dengan alamat kepada orang yang tersayang. Memang dah lama pun kolin tak terima atau hantar kad hari raya. Memang mengambil kesempatan lah kali ini.


Julie's menyediakan 3 jenis kad yang boleh kita pilih dan masukkan sahaja dalam peti yang sediakan. Untuk orang ramai, kad-kad ini akan diedarkan secara percuma di pasaraya berdekatan yang mengambil bahagian. So kalau nampak, jangan malu dan segan. Ambil dan mula hantar ucapan kad raya ok.



Buat keluarga dan rakan-rakan jangan lupa nantikan kad raya dari kolin ok. Excited sangat menulis sampai tak perasaan, ketibaan anak-anak yatim yang dirai iaitu 60 orang anak yatim dari Rumah Yatim Shifa' dan Asrama Darul Falah Perkim yang diundang berbuka puasa dan bermain pertandingan yang disediakan.



Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Mr. Benny Chia iaitu Pengurus Pemasaran Julie's Biscuits. Menurut beliau, Julie's mengambil langkah menghulurkan salam persaudaraan dengan mengajak semua berkasih sayang dan menganjurkan majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim. Dengan cara ini, kasih sayang dapat dikongsi bersama dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Kini banyak ucapan berbentuk alam maya, akan tetapi Julie's mahu nostagia lama berulang kembali dengan menitip kad hari raya dan luahan perasaan kepada yang tersayang. Kempen dari Julie's ini sangat baik untuk kita tunjuk kepada anak-anak kita. Maklumlah zaman kini semuanya secara media sosial, tapi kali ini kita boleh berkongsi cara bagaimana orang dahulu menyambut hari raya. 

Julie's juga mengadakan kunjuangan ke masjid-masjid terpilih dan mengedarkan kad raya Luahan Kasih Julie's. Malah peti surat juga disediakan bagi pihak Julie's mengeposkan semua kad raya. Bertepatan dengan tujuan mencipta biskut Julie's Love Letter kali ini, Julie's mahukan silaturrahim yang sedia ada lebih erat dan utuh. Memang betul kata Mr. Benny, masyarakat sangat memerlukan keprihatinan ini.

Gimik kali ini salah seorang anak-anak yatim memasukkan kad yang telah ditulis lengkap ke dalam peti pos. dan  Encik Benny Chia dan Cik Rigel Oye bersama melancarkan kempen Titipkan Luahan Kasih Anda.

  Bacaan doa dan laungan azan dari salah seorang anak yatim ini menandakan waktu berbuka puasa.




Sambil berbuka puasa kolin sempat juga lah selfie dengan blogger cantik kak ella dan anak-anak yatim yang sangat peramah. Nampak mereka sangat gembira berada di majlis berbuka puasa bersama Julie's ini.



Majlis ini diserikan lagi dengan sumbangan dari pihak Julie's kepada Sumbangan Julie’s kepada Pn Nurul Asyikin Mohd Ali dari Rumah Anak Yatim Shifa’ dan kepada Pengetua Ustaz Zulyadain Bin Mohd Radzi sebagai wakil Asrama Darul Falah Perkim



Makanan di Sime Darby Convention semua sedap-sedap. Paling kolin suka makan di sini dari dahulu ialah kambing bakar mereka. Sos atau rempah yang digunakan memang sedap. 

 Yang paling istimewa persembahan nasyid oleh ASDAF pada malam itu. Semua berbakat!



Majlis yang penuh kasih sayang ini diakhiri dengan sesi bergambar dengan semua anak-anak yatim, blogger, selebriti dan semua para hadirin yang ada. Kolin harap semangat ini diteruskan selalu. Selain meraikan anak-anak yatim, kempen Titipkan Luahan Kasih Anda ini juga amat bermakna memupuk kembali budaya yang telah lapuk di telan zaman. Julie's berharap dengan kempen ini warga yang dapat melahirkan kasih dan sayang dapat diterapkan lagi. 

Kempen ini akan berakhir pada 3 Julai 2015. Bagi yang tidak berkesempatan menyertai kempen Julie's, anda juga boleh menhantar e-poskad Hari Raya hanya dengan melayari ke laman Facebook https://www.facebook.com/JuliesBiscuits dan memuat turun e-poskad ekslusif yang disediakan. Julie's mensasarkan 10,000 kad yang bakal diedarkan nanti. 

Mari sama-sama kita sokong Kempen Titipkan Luahan Kasih Anda bersama Julie's




Love, 

Kolin Zainal

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan untuk Julie's Biscuits