Saturday, May 23, 2015

the ZALORA Fashion Festival - Lebaran Edition 2.0

Bertempat di Mayang Sari Ballroom, JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, ZALORA yang merupakan Destinasi Fesyen atas Talian di Asia melancarkan edisi terbaru mereka iaitu Koleksi Raya
 Pakaian Pakai Siap dengan beberapa pereka fesyen di Malaysia. 

Buat makluman, laman web ZALORA menawarkan koleksi lebih daripada 600 jenama utama antarabangsa dan tempatan dan lebih daripada 30,000 produk di seluruh pakaian, kasut, aksesori dan produk kecantikan lelaki dan wanita. Menawarkan 30 hari polisi pulangan percuma atas perbelanjaan tertentu  dan kaedah pembayaran yang pelbagai termasuk bayar waktu terima. ZALORA adalah destinasi membeli belah yang paling meriah di atas talian. Kalau lepas ini nak shopping baju raya di ZALORA memang mudah lah sangat kan. Tak perlu risau, sebab ZALORA ada semuanya.


Petang itu acara dimeriahkan dengan kehadiran selebriti, model dan media yang bersama memeriahkan lagi pertunjukan petang itu. Kolin sempat bergambar dengan beberapa selebriti dan media, happy!



Diantara selebriti yang hadir Ms. Fazura yang sangat humble. Tak sabar nak tengok semua koleksi Lebaran Festival 2.0 nanti. Di antara pereka yang akan memperkenalkan
 koleksi mereka ialah  

Fazbulous Raya 2015, Syomir Izwa, Bella Ammara, Sugarscarf dan label Muslimah ZALORA iaitu Zalia


Untuk acara yang pertama, menampilkan Koleksi Fazbulous Raya 2015, yang telah direka oleh bintang terkenal tanah air iaitu Fazura. Koleksi yang dipanggil 'Seri Panggung' mendapat inspirasi daripada watak-watak yang berwarna-warni yang pernah dilakonkan di layar perak.

Hasilnya sembilan reka bentuk yang unik dan elegan dibuat daripada kain yang indah dan hiasan halus memang menampilkan citarasa Fazura. 


Semua rekaan yang mempunyai warna lembut dan kain yang sangat mewah ini memang memikat hati kolin. Tak sabar rasanya nak layari ZALORA untuk menempah. Raya ini memang bermakna sangat dengan rekaan anggun yang boleh digayakan di pagi lebaran.


Pertunjukan kedua pada hari itu adalah label ZALORA sendiri iaitu ZALIA. Melakar inspirasi daripada artis abad ke 19, lukisan Adolph Menzel iaitu "the Supper at the Ball' menjadikan semua koleksi tersebut diterapkan dengan inspirasi glamor era silam dengan reka bentuk kotemporari.

Menyalurkan keindahan dewan diraja dan keanggunan candeliar kristal, koleksi ZALIA 2015 dilimpati dengan hiasan rumit, sulaman, cetakan-cetakan unik dan perincian renda yang halus yang mana ianya direka secara eksklusif untuk tampil lain dari yang lain.




Koleksi ini terdiri daripada fabrik klasik seperti chiffon lembut dan satin tersedia dalam palet warna yang berbeza iaitu emas logam, biru gelap warna pasterl yang lembut serta hitam klasik dan juga warna gading.

Bagi pertunjukan yang ketiga, Bella Ammara dan SugarScarf bergabung dan menampilkan satu segmen fesyen untuk Muslimah . Bella Ammara untuk ZALORA ini di ilhamkan daripada kesopanan klasik tahun 60-an dan 70-an yang digabungkan dengan unsur-unsur moden. 

Setiap koleksi menampilkan kesederhanaan, menyerlahkan gaya dan keselesaan kepada si pemakai.



Sugarscarf pula menampilkan tiga rekaan mengiringi Bella Ammara untuk koleksi ZALORA. Koleksi The Madison Beads, Koleksi the Madison Lace dan Koleksi The Madiosn 3D Flower, ternyata memperlihatkan  nilai nilai kewanitaan seorang wanita islam moden. Kolin pun suka tudung yang digayakan petang itu. 
Wish i have one soon!


Acara diakhiri dengan persembahan fesyen oleh pereka fesyen tersohor Malaysia Syomir Izwa. Koleksi raya 2015 Syomir Izwa untuk ZALORA ini sebahagian besarnya di ilhamkan melalui peningkatan Syomir iaitu 'Malaysiana'. Lebih khusus lagi beliau memilih Pulau Pinang sebagai inspirasi kerana budaya yang kaya dengan sejarah dan budaya.

Syomir mendapat inspirasi lanjutan dari 'Nyonya Peranakan' dan 'Masyarakat Anak Mami' yang membantu untuk membentuk gaya fesyen dan warisan yang menjadikan Pulau Pinang seperti yang ada pada hari ini. 



Pengunaan warna pastel dan garis-garis hitam di inspirasi daripada imej penjajah. Rekaan ini dipengaruhi oleh Budaya Mami dan juga Kumpulan Nyonya yang unik dan menarik.

Bagi Syomir, perempuan yang memakai koleksi ini adalah seorang wanita yang yakin dan mengakui kisah lalu beliau untuk terus maju untuk ke masa hadapan. Dia menikmati pratikaliti sementara masih tidak melupakan kepentingan gaya yang bersahaja. Menarik bukan kata-kata pereka terkenal ini.


Untuk perincian setiap rekaan ini, boleh lah layari www.zalora.com.my dan lihat lah sendiri keunikkan setiap rekaan bagi Koleksi Lebaran kaki ini. Acara gilang gemilang ini dianjurkan dengan kerjasama CIMB. Acara ini bertujuan untuk memupuk dan mengembangkan industri fesyen Muslimah tempatan dan mendedahkan trend terkini untuk semua pencinta fesyen.

Terima kasih zalora untuk pertunjukkan yang hebat ini!


Love,

Kolin zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you