Friday, May 8, 2015

Seronoknya membeli belah di Rakuten Malaysia!



Sekarang semua barang kita nak beli di hujung jari sahaja kan. Hatta, dunia tanpa sempadan sekarang ini nak beli beras dan sardin pun boleh online sahaja tau. Klik sana, klik sini dan pilih sahaja barang yang kita kehendaki. Silap-silap harga barang yang dibeli online lebih murah dari kedai tau.

Kali ini kolin nak perkenalkan laman web RAKUTEN
Website ini menawarkan berbagai barangan dengan potongan harga yang hebat tau. 
Kolin yang browse pun dah rambang mata nak memilih 5 barang yang hendak dimiliki.


Barang pertama yang memang kolin nak sangat sebagai blogger adalah kamera. Kamera lama kolin Olympus tu dah patah tempat bateri, so sekarang banyak bergantung dengan Camera Handphone. Memerlukan kamera yang kecil tapi menghasilkan gambar yang terbaik. Dah pusing-pusing laman web RAKUTEN terus jatuh cinta dengan camera ini
 


 http://tr.styles.my/?type=deeplink&id=12013&media=14&subid=KolinZainal

 Samsung NX Mini 9mm Mirroless Camera yang didatangkan dengan ciri-ciri yang sesuai untuk blogger. Boleh selfie dan warna pilihan pun banyak untuk kolin pilih. Adoi...rambang mata!! Harga pun berpatutan.Semoga ianya menjadi milik kolin nanti..huhuhu



Lihatlah sendiri, bukan sekadar barangan elektrik dan elektronik yang ada. Nak beli handbag dengan cepat pun boleh. Kolin kan kerja travel hari-hari, jauh pulak tu. Kalau nak ke butik memang tidak cukup masa. Dengan RAKUTEN senang sangat. Browse sahaja handbag apa yang kita kehendaki, pilih warna dan bayar. Goyang-goyang kaki sikit, tunggu saja handbag baru yeay!


Yang adjustable shelves ini memang sesuai untuk rumah sempit macam kolin. Teringin nak dekorasi rumah dengan shelves sebegini. Maklumlah kolin ni kaki majalah, boleh jugak susun kat sini dan dijadikan mini library. Memang terbaik RAKUTEN macam-macam idea nak jimat ruangan rumah ada di laman web ini. 
Pendek kata, terpulang kepada kita nak memilih barangan apa untuk membeli belah di sini.


Barangan ke empat yang kolin ingin miliki dari RAKUTEN ialah sofa! Harga macam murah lah, sebenarnya kolin dah lama tengok-tengok nak beli sofa sebegini. Tapi di laman web RAKUTEN macam lagi murah lah.
Senang nak memilih pulak tu, semua detail ada. Boleh lah kolin bergaya dengan sofa baru hari raya nanti kan.

Barang no 5 dan yang terakhir yang kolin akan shopping kat sini ialah kerusi malas 
untuk kolin buat kerja menulis cerita di blog. Dah siap update blog boleh baring-baring hihihi



Japanese Foldable Sofa ini memang kena dengan kehendak kolin. Sambil buat kerja, sambil merehatkan badan yang penat kan. Wahhh teringin sangat membeli belah di www.rakuten.com.my

Kenapa kita nak buang masa, minyak kereta dan penat-penat cari parking kalau semua boleh dapat di dalam satu laman web yang sangat mudah dan senang difahami. Akses sahaja bila-bila masa sekiranya ingin membeli. Duduk dalam rumah, bersantai bersama keluarga dan shopping di RAKUTEN. Nak beli hadiah untuk orang pun boleh kat sini. Kolin hanya perlu bersantai dan melihat-lihat ada lagi tak barang yang boleh kolin beli! Terokai dunia www.rakuten.com.my hanya dihujung jari. Ini baru 5 barang yang kolin nak miliki, kalau korang semua mesti lagi banyak kan. Haa...sila lah singgah ye.

Jangan tengok saja, jom surf www.rakuten.com.my untuk pengalaman membeli belah tanpa henti!

Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten.
Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.

Assalammualaikum!




No comments:

Post a Comment

loving me..loving you