Saturday, May 30, 2015

mudahnya shopping online dengan ZALORA

Ini adalah pertama kali kolin try shopping dengan ZALORA. Sebelum ini selalu tengok-tengok aje apa yang ada di ZALORA. Tapi kali ini disebabkan voucher ini lah membuatkan kolin buka ZALORA dan mula memilih-milih. Barang yang kolin nak sangat ialah skirt labuh. Sebab banyak yang kolin dapati di luar kain nipis, cutting tak lawa, tak cukup labuh untuk kolin yang kunun tinggi ala-ala model ini kan. Haa..ko nampak tak betapa bongkak dan riak nya kolin hua hua hua...


Anyway, back to the real story bila dah belek-belek website ZALORA, kolin terus jatuh cinta dengan skirt yang lawa ini. Paling menarik hati kolin sebab ada poket lah skirt ini. Kain pun nampak macam kualiti sangat dalam gambar ini. Cuma saiz kolin tak berapa nak pasti so kolin pilih L sebab takut singkat.  Mula-mula tu memang teragak-agak, tapi setelah dipikirkan masak-masak kolin terus memilih L. Kedua-dua skirt ini dari brand Ethnic yang menjadi pilihan hati. 


selepas di tolak dengan voucher yang ada kolin hanya perlu tambah RM31.00 sahaja. Wah memang berbaloi lah membeli belah di ZALORA. Senang nak pilih, gambar menarik, informasi semua ada. Kolin pun bayar lebih kurang tengahari kut. Tapi sangat-sangat terkejut, apabila parcel dari ZALORA sampai pagi keesokkan harinya. Cepatnyaa!!!!!!!!

Two thumbs up untuk ZALORA. Penghantaran yang sangat-sangat cepat lah. Teruja kolin dapat parcel dalam kotak ZALORA yang kemas. Gembira!!


Terima kasih ZALORA, lepas ini walaupun tiada voucher lagi. Kolin tetap akan membeli-belah bersama ZALORA. Tak perlu diragui tentang kualiti skirt labuh yang kolin pilih tu. Memang puas hati, cuma lain kali kolin perlu pilih saiz M bukan L huhuh. Cuba call customer service ZALORA nak tukar saiz, malangnya semua saiz tinggal L. Memang takde rezeki uhuk uhuk

But i am sooo happy dapat beli skirt labuh dari ZALORA. Mudahnya shopping online dengan ZALORA.
Nanti kolin share skirt labuh dari ZALORA di entri yang lain ya. 

Love

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you