Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Event: Pembukaan Store Belif Skincare di Sunway Pyramid

assalammualaikum

Memperkenalkan rangkaian produk terbaru oleh BELIF yang di datangkan dari Korea. Bertempat di Sunway Pyramid baru-baru ini Belif telah memperkenalkan semua produk keluarannya kepada media.


Produk yang sangat terkenal dengan pelembap terbaik yang mampu membantu kulit yang kehilangan lembapan kulit wajah. Rumusan yang sangat ringan tidak berminyak memang sesuai untuk wanita Asia untuk yang mengalami kehidratan terhadap kulit.

BELIF - believe in truth, mengetengahkan produk The True Cream - Aqua Bomb yang telah berjaya memenangi "The Most Refreshing Moisturizer in CLEO Beauty Hall of Fame Awards 2013. Penghargaan ini diberikan kerana krim pelembap yang ringan ini dapat membantu meningkatkan kadar kelembapan kulit muka sebanyak 18% setiap kali sapuan. Yang paling kolin suka sebab ianya tidak berminyak, dermatologist tested lagi. Memang sesuai untuk kulit bermasalah macam kolin.


Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari pihak BELIF dan ucapan serba ringkas dari Pengarah BELIF di Malaysia. Dan acara diteruskan dengan sesi penerangan mengenai BELIF 
dengan lebih terperinci.




Selepas mendengar sesi taklimat bersama BELIF, kolin memang terus rasa tak sabar nak try pelembap yang kaya dengan mineral ini. Pelembap yang boleh dipakai waktu siang dan malam ini boleh membantu mengecilkan liang roma yang kian membesar. Ianya cukup sesuai untuk kulit yang berminyak, kering dan kepada sesiapa yang mencari pelembap yang ringan dan cepat serap untuk muka pasti inilah yang menjadi pilihan hati. Tak perlu sangsi tentang itu, kolin dah cuba!


Selain dari itu, pihak media juga dijamu oleh jamuan ringan serta sesi bergambar. Setiap dari kami dapat membawa pulang badge magnet yang comel sebagai tanda kenangan dari BELIF.


antara blogger yang hadir pada pelancaran store BELIF

Di paparkan di dalam store BELIF, lima produk skincare keluaranya yang terbaik di pasaran setakat ini. Dan No. 1 pastinya The True Cream - Aqua Bomb yang paling terbaik dan laris antara yang lain.
Buat pengetahuan, produk ini tidak mengandungi Parabens, Sulfates dan Phthalates. Maksudnya tidak menipiskan kulit wajah setiap kali pengunaan. Selamat bukan!!

Tak sabar nak mencuba pelembap yang sangat best ini. 
Hasilnya sure kolin akan share dengan korang semua tidak lama lagi. Terima kasih BELIF 
  
Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh lah layari www.belif.com.my
BELIF - believe in truth


#belif #butterflymsia #blogger #beautyblogger #alialisakreatif

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you